Nilai Ringgit Susut : Proton Juga Mungkin Naikkan Harga Kenderaan Mulai 2016



Proton Holdings Bhd mempertimbangkan untuk menaikkan harga kereta keluarannya mulai Januari 2016 disebabkan kelemahan ringgit. 

Dalam kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata, kenaikan harga itu dilihat sebagai situasi industri yang ia perlu dinaikkan untuk mengimbangi kesan ringgit yang rendah. Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata kebanyakan daripada bahan mentah syarikat itu dibeli dalam mata wang asing. 

"Penyusutan ringgit memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem daripada vendor kepada kami," katanya

Abdul Harith berkata, PROTON sedang menilai struktur harga dan peratusan kenaikan harga akan bergantung kepada model. PROTON berkata, bagi mengurangkan kesan yang mempengaruhi keuntungan syarikat sejak Ogos 2015, ia berusaha untuk mengurangkan kos operasi dan menyusun semula operasi, yang mana perlu. 

"Penyusutan ringgit terus memberi tekanan kepada PROTON di sebalik usaha itu dan memberi kesan kepada industri secara keseluruhan," katanya. - BERNAMA
Share this article :

+ comments + 2 comments

15 Disember 2015 11:28 PG

boleh tuh jadi murah

15 Disember 2015 11:29 PG

pengaruhkah terhadap penjualan kereta

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger