Lebuh Raya Jelapang-Selama-Batu Kawan (JELAS) : Tiada Kenaikan Tol Untuk 50 Tahun Pertama


Syarikat swasta Beta Mutiara Corp Bhd kini sedang menunggu kelulusan daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya JELAS RM4.6bil.

Lebuh raya 116km, Lebuhraya alternatif untuk pautan ke Lebuhraya Utara-Selatan, akan menyambung Jelapang di Ipoh ke Batu Kawan Pulau Pinang dan mempunyai kira-kira 13 persimpangan keluar.

Lebuhraya JELAS, Lebuhraya Jelapang-Selama-Batu Kawan, dibangkitkan pada tahun 2010 dengan hasrat untuk meningkatkan pembangunan sektor kediaman, komersil, industri dan perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan peluang perusahaan kecil dan sederhana dan industri rangkaian pembekal.

Pada peringkat awalnya dahulu, cadangan projek adalah untuk sejauh 85km dari Jelapang ke Selama yang berharga RM2.5bilion. Tetapi selepas beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Perak, projek ini telah dilanjutkan hingga ke Batu Kawan.

JELAS juga akan menggunakan teknologi hijau seperti lampu LED bagi lampu jalan untuk menjimatkan tenaga seluruh 116 km lebuh raya tersebut. Tiga lorong dua hala akan mengurangkan masa perjalanan sebanyak kira-kira 30 minit atau 30km lebih pendek berbanding di lebuh raya yang sedia ada.

Selain itu, lebuhraya ini juga akan memiliki terowong sepanjang tiga km yang melalui Gunung Bintang, yang dilaporkan sebagai terowong terpanjang dibina di Asia.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Beta Mutiara Corp (BMC), Tan Sri Bahadon Haji Ariffin, mereka sedang menantikan kelulusan akhir dari Unit Kerjasama Awam-Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri.”

Beliau turut menyebut, perjanjian akan ditandatangani dengan pihak kerajaan untuk menentukan kadar konsesi tetap untuk 50 tahun pertama. Walau bagaimana pun, kadar tersebut belum ditetapkan lagi. Ini bermakna tiada kenaikan kadar untuk tempoh jangka masa lima dekad pertama.

Lebuhraya JELAS ini bermula daripada Jelapang di Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan, dan melalui Klebang, Karai, Kati, sebuah terowong baru iaitu Terowong Bintang, Selama, Serdang di Kedah Darul Aman dan terakhirnya berhenti di Lebuhraya Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Dengan adanya lebuhraya baru ini yang lebih selesa akan mengurangkan kesesakan yang sering berlaku di sekitar terowong menora, Kuala Kangsar akibat pertambahan kenderaan yang sering melalui leubh raya utara selatan.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger