Disember: RON95 Turun 10 Sen, RON97 Dan Diesel Kekal


Harga petrol RON95 untuk bulan Disember menyaksikan penurunan 10 sen menjadi RM1.95 seliter, menurut Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pada Isnin seperti yang dilapor The Star Online.

Timbalan Presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti bagaimanapun berkata, harga bagi RON97, diesel biasa dan diesel Euro 5 masing-masing kekal pada kadar harga RM2.45, RM1.90 dan RM2 seliter.

Sejak 1 Disember tahun lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil keputusan untuk menjalankan sistem apungan terkawal bagi menentukan harga petrol dan diesel.

Harga tersebut ditentukan dengan mengambil purata harga 10 hari dalam pasaran dagangan antarabangsa dan dicampur dengan nisbah keuntungan tetap untuk loji tapisan serta peruncit.

-Awani-
Share this article :

+ comments + 2 comments

8 Disember 2015 10:34 PG

turun sedikit nanti naik selangit

8 Disember 2015 10:36 PG

iya betul gaya lama tuh

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger