Tiada Transaksi Tunai Di 5 Plaza Tol PLUS Mulai 9 September Depan


Sistem kutipan tol secara elektronik akan dilakukan sepenuhnya di lima plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), bermula 9 September depan.

Ia akan membabitkan plaza tol di utara iaitu Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Jitra dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam (di Lebuhraya Utara-Selatan) serta Plaza Tol Lunas dan Plaza Tol Kubang Semang (di Lebuhraya Ekspressway Butterworth-Kulim BKE).

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi, kesemua transaksi di lima plaza tol itu akan menggunakan kad PLUSMiles, Touch'n Go atau SmartTAG.

“Sehubungan itu, orang ramai yang menggunakan kelima-lima plaza tol berkenaan digesa supaya beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik secepat mungkin.

“Bagi membantu orang ramai beralih kepada sistem elektronik dengan lebih mudah, orang ramai berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go (dengan nilai tambah RM5) dengan harga promosi RM5 (kad percuma) di ke semua plaza tol terbabit mulai sekarang sehingga 31 Disember yang akan datang,” demikian menurut kenyataan.
Share this article :

+ comments + 2 comments

11 Ogos 2015 7:15 PTG

Bagaimana dengan lorong tambah nilai(transaksi tunai).. Adakah tiada transaksi tunai(tambah nilai) langsung,..?

Tanpa Nama
19 Ogos 2015 12:46 PTG

pasti ada lorong tambah nilai.. atau boleh berurusan di ofis plus.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger