Tarikh Kutipan Tol LPT2 Ditunda


Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dijadual bermula September ini terpaksa ditunda atas beberapa faktor termasuk kerja-kerja penyelenggaraan masih berjalan. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan kemudahan Awam Negeri, Ir Rosli Othman, berkata kutipan tol di lebuh raya sepanjang 184 kilometer itu mungkin akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini. 

Beliau berkata, kerajaan negeri masih menunggu tarikh pelaksanaan sistem kutipan tol daripada Kementerian Kerja Raya. "Memandangkan kerja-kerja menaik taraf beberapa laluan di sepanjang lebuh raya itu sedang berjalan, maka berkemungkinan besar sistem kutipan tol akan berjalan akhir tahun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu yang dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Zubir Embong. LPT2 yang dibina dengan harga RM3.7 bilion itu dibuka secara percuma kepada lalu lintas sejak 31 Disember tahun lalu. 

Mengenai pencerobohan ternakan yang sering berlaku di LPT2, beliau berkata kerja-kerja membaiki pagar yang rosak telah dijalankan dari semasa ke semasa. "Bagi menghalang pencerobohan binatang di kawasan LPT2, kita akan tambah pagar kawat berduri selain meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berdekatan seperti PBT Marang dan Hulu Terengganu untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap binatang ternakan yang berkeliaran memasuki kawasan LPT2 itu," katanya. 

Mengenai kemalangan yang sering berlaku di LPT2, Rosli berkata ia bukan disebabkan jalan yang tidak rata atau rosak. "LPT2 adalah lebuh raya baharu dan kebanyakan pemandu belum biasa dengan jalan berkenaan, ada pemandu yang memandu terlalu laju dan ada juga mengantuk semasa memandu sehingga menyebabkan kemalangan," katanya. - BERNAMA
Share this article :

+ comments + 1 comments

7 September 2015 10:24 PTG

PENGAKUAN TULUS DARI SAYA DASWATI KERJA DI MALAYSIA

Assalamualaikum.wr.wb. Kami ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang Pembantu rumah tangga di MALAYSIA yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun, merantau itu sangat menderita dan di suatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan AKY .dan katanya bisa membantu orang Lewat nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di malaysia :akhirnya saya coba untuk menhubungi.AKY SANTADEWA dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor 4D, dan nomor yg diberikan AKY meman betul2 terbukti tembus 100% dan saya sangat bersyukur berkat bantuan AKY: kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri munkin saya tidak bisa membalas budi baik AKY sekali lagi makasih yaa AKY dan bagi teman2 yg KESULITAN DALAM KEUANGAN

APAKA ANDA TERMASUK DALAM KATEGORI DI BAWAH INI

1/" Dikejar-kejar hutang

2" Selaluh kalah dalam bermain togel

3" Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4" Anda udah kemana2 tapi tidak menghasilkan

5" Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya tapi tidak ada satupun yang berhasil. Solusi yang tepat jangan anda putus asah..

AKY SANTADEWA.akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB..
angka GHOIB:SINGAPURA
angka GHOIB:HONGKONG
angka GHOIB:MALAYSIA
angka GHOIB:TOTO MAGNUM 4D.6D.8D
angka GHOIB:LAOS
angka GHOIB:SIDNEY
angka GHOIB:CAMBODIA
angka GHOIB:CHINA
angka GHOIB:KOREA
angka GHOIB:TOTO KUDA
angka GHOIB:ARAB SAUDI
angka GHOIB:BRUNEI DARUSSALAM
angka GHOIB:TAIWAN
angka GHOIB:THAILAND
bila butuh bantuan hubungi saja.BELIAU :( 0852-8315-2944 ] http://akisantadewa.blogspot.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger