LGM Mahu Komersilkan Tayar Berasaskan Ekoprena Dalam Tempoh 2 Tahun


Lembaga Getah Malaysia (LGM) merancang untuk mengkomersilkan tayar celup mesra alam berasaskan Ekoprena dalam tempoh dua tahun lagi.

Ekoprena dan Pureprena adalah getah mesra alam yang dihasilkan LGM. Ianya adalah bahan mesra alam daripada sumber yang boleh diperbaharui yang dihasilkan dengan kualiti terbaik untuk memastikan ciri-ciri unggul bagi produk getah.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Hamzah berkata, tayar itu yang menggunakan getah asli terepoksida adalah sesuai untuk kenderaan kerana ia mempunyai rintangan gulingan yang rendah serta cengkaman basah yang tinggi.

Oleh itu ia merupakan pilihan menarik untuk digunakan dalam menghasilkan tayar celup yng lebih selamat dan jimat bahan api.

"Kos pengeluaran tayar ini yang menggunakan bahan hijau dan sumber asli boleh diperbaharui, hanya kira-kira satu pertiga daripada tayar getah sintetik yang dihasil menggunakan sumber petroleum.

"Pada masa sama, kami berharap dengan peningkatan penggunaan getah asli untuk produk ini, ia akan membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan pada masa depan," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) di antara LGM dan Prasarana Malaysia Bhd bagi menjalankan penyelidikan ke atas Ekoprena bagi menghasilkan tayar celup hijau mesra alam.

Melalui MoA tiga tahun itu, 800 tayar celup Ekoprena akan digunakan pada tayar belakang bas RapidKL di Lembah Klang. Ujian itu akan dibahagikan kepada tiga fasa dengan 10 bas melalui laluan di selatan Cheras.

Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata, tayar terbabit akan diuji untuk ketahanan di semua jalan serta keadaan cuaca.

"Kami boleh melaksana sepenuhnya penggunaan tayar Ekoprena ke atas semua bas RapidKL apabila kami berpuas hati dengan keputusan ujian.

"Kami juga akan terus bekerjasama dengan pelbagai inisiatif agensi kerajaan, sektor swasta serta awam melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan bagi meningkatkan kecekapan kami," kata Ismail.

Selepas ia dikomersilkan, LGM berharap untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran tayar Ekoprena serta memenuhi unjuran 10 peratus atau 300,000 tan metrik permintaan global menjelang 2020.

Kerjasama di antara LGM dan Prasarana adalah Projek Permulaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara yang terletak di bawah EPP4: Mengkomersilkan Ekoprena dan Pureprena.

Projek ini dengan peruntukan RM1.7 juta bagi tempoh tiga tahun di pantau Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan.

-BERNAMA
Share this article :

+ comments + 3 comments

7 September 2015 10:32 PTG

PENGAKUAN TULUS DARI SAYA DASWATI KERJA DI MALAYSIA

Assalamualaikum.wr.wb. Kami ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang Pembantu rumah tangga di MALAYSIA yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun, merantau itu sangat menderita dan di suatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan AKY .dan katanya bisa membantu orang Lewat nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di malaysia :akhirnya saya coba untuk menhubungi.AKY SANTADEWA dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor 4D, dan nomor yg diberikan AKY meman betul2 terbukti tembus 100% dan saya sangat bersyukur berkat bantuan AKY: kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri munkin saya tidak bisa membalas budi baik AKY sekali lagi makasih yaa AKY dan bagi teman2 yg KESULITAN DALAM KEUANGAN

APAKA ANDA TERMASUK DALAM KATEGORI DI BAWAH INI

1/" Dikejar-kejar hutang

2" Selaluh kalah dalam bermain togel

3" Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4" Anda udah kemana2 tapi tidak menghasilkan

5" Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya tapi tidak ada satupun yang berhasil. Solusi yang tepat jangan anda putus asah..

AKY SANTADEWA.akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB..
angka GHOIB:SINGAPURA
angka GHOIB:HONGKONG
angka GHOIB:MALAYSIA
angka GHOIB:TOTO MAGNUM 4D.6D.8D
angka GHOIB:LAOS
angka GHOIB:SIDNEY
angka GHOIB:CAMBODIA
angka GHOIB:CHINA
angka GHOIB:KOREA
angka GHOIB:TOTO KUDA
angka GHOIB:ARAB SAUDI
angka GHOIB:BRUNEI DARUSSALAM
angka GHOIB:TAIWAN
angka GHOIB:THAILAND
bila butuh bantuan hubungi saja.BELIAU :( 0852-8315-2944 ] http://akisantadewa.blogspot.com

20 Oktober 2015 11:22 PG

boleh juga

20 Oktober 2015 11:24 PG

awetkah ban tuh

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger