Youngman Lotus L3 EV


Ia seolah-olah Youngman-Lotus  belum berakhir apabila versi L3 sedan elektrik ditemui di China menurut laporan Autohome. Ini berikutan usahasama dengan Proton selama enam tahun berakhir 2012.

L3 EV ini telah mendorong spekulasi mengenai status Syarikat dan sama ada ianya kembali dalam arena automotif. Tiada tanda-tanda konkrit yang ia akan diterjemahkan kepada pengeluaran.

Menurut laporan, L3 EV dilengkapi dengan sebuah motor elektrik yang menawarkan 87 hp (65kW), namun tidak disebut berkaitan dengan keupayaan bateri litium-ion.

Pada bahagian Exterior, ia kelihatan hampir seperti L3 standard, belakang di sini adalah berbeza dengan apa yang dilihat pada model L3 GT.

Penubuhan Youngman-Lotus dapat lihat pengeluaran Proton Gen 2 Persona serta enjin Campro di China. Ia termasuk hatch L3 (Gen 2), sedan L3 (Persona), L5 (Gen 2 platform) dan T5 (SUV berasaskan platform Gen 2).

Penglibatan PROTON di pasaran China kini melalui kerjasama dengan industri berat di China, Goldstar – satu perjanjian usahasama dengan Kumpulan Lotus dan Goldstar meluaskan lagi kehadiran jenama Lotus di Republik Rakyat China pada bulan April tahun ini.


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger