PUSPAKOM Tawarkan 5,000 Pemeriksaan Kenderaan Persendirian Secara Percuma


Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) akan menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara PERCUMA kepada pemilik kenderaan persendirian di seluruh negara bermula 6 Julai hingga 15 Julai 2015 berikutan sambutan yang amat menggalakkan pada musim perayaan selama ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, PUSPAKOM sedia menawarkan 5,000 pemeriksaan kenderaan persendirian sukarela secara percuma kepada pemilik kenderaan persendirian di seluruh negara dalam tempoh 10 hari ini.

“Keadaan kenderaan yang tidak selamat merupakan salah satu punca kemalangan dan kami berharap agar lebih ramai pemilik kenderaan persendirian merebut peluang ini bagi memastikan kenderaan mereka selamat dipandu ketika balik ke kampung untuk meraikan perayaan bersama ahli keluarga mereka,” kata Mohammed Shukor Ismail.

Beliau turut menambah, “Saya berharap melalui kempen pemeriksaan kenderaan persendirian percuma ini, PUSPAKOM dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan dalam memastikan keselamatan kenderaan dan membantu mengurangkan kemalangan di atas jalan raya.”

Jadual pemeriksaan percuma adalah seperti berikut:


Pemeriksaan Kenderaan Persendirian Sukarela secara PERCUMA ini merangkumi 25 peringkat pemeriksaan yang menyeluruh, iaitu Ujian Pengeluaran Asap, Gelincir Sisi, Bahagian Atas & Bawah Kenderaan, Brek, Ketelusan Cermin, Keadaan Tayar dan Rim, Keadaan Ekzos dan sebagainya. Para pelanggan boleh membuat temujanji dengan menelefon cawangan-cawangan PUSPAKOM yang berdekatan terlebih dahulu dan membuat temujanji untuk mendapatkan waktu pemeriksaan yang sesuai.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pemeriksaan percuma ini, para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPAKOM 1-800-88-6927 atau layari laman sesawang PUSPAKOM untuk mendapatkan senarai cawangan PUSPAKOM di seluruh negara.

*PUSPAKOM Shah Alam dikhususkan untuk pemeriksaan bagi kenderaan perdagangan berat (BDM 6,000kg ke atas) sahaja
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger