Proton Tawar 30 Mata Percuma Pemeriksaan Kereta Pada Musim Perayaan


Proton Holdings Bhd akan menawarkan 30 mata percuma untuk pemeriksaan kenderaan kepada semua pemilik kereta nasional itu mulai 9-15 Julai sebagai sebahagian daripada inisiatif menggalakkan kesedaran keselamatan kenderaan pada musim perayaan.

"Pelanggan boleh menikmati pemeriksaan percuma ini di semua pusat servis Proton di seluruh negara dan stesen minyak Petronas terpilih antara 3 petang dan 7 malam sepanjang tempoh selama seminggu.

Tawaran 30 mata percuma itu termasuk pemeriksaan bateri, minyak dan sistem brek.

Selain itu, pelanggan akan turut menikmati konsultasi percuma mengenai penyelenggaraan enjin dan kereta, menurut Proton dalam kenyataan.

Ketua Eksekutif Datuk Abdul Harith Abdullah berkata pengeluar kereta nasional mempunyai tanggungjawab untuk mendidik dan menggalakkan kesedaran keselamatan kepada pengguna, terutamanya dalam menyokong seruan kerajaan mengurangkan kemalangan jalan raya pada musim perayaan dan cuti sekolah.

- BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger