Perkhidmatan Tren Elektrik ( ETS ) KL-Padang Besar Bermula 10 Julai 2015


Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur - Padang Besar akan bermula 10 Julai 2015. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata buat permulaan ia di adakan sebanyak dua kali sehari iaitu satu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan satu lagi dari Padang Besar ke Kuala Lumpur. 

"Perkhidmatan ini dimulakan esok sempena sambutan Aidilfitri minggu depan dan kita menjangka ia mendapat sambutan orang ramai kerana perjalanan lebih cepat dan selesa," katanya pada sidang media di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar, di sini hari ini. 

Terdahulu, beliau bersama pegawai Kementerian Pengangkutan, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan media menaiki tren baharu ETS dari Stesen Kereta Api Batu Gajah ke Kuala Kangsar. 

Tiong Lai berkata, perkhidmatan itu akan berhenti di semua stesen utama termasuk Ipoh dan Butterworth dengan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar mengambil masa anggaran empat jam 45 minit. Katanya, tren yang mempunyai enam gerabak itu boleh memuatkan 312 penumpang untuk satu perjalanan.

Sumber BH
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger