KTM Lancar Model CKD 250cc


Sebagai sebuah syarikat dalam segmen kecil (niche), KTM Malaysia menambah barisan produknya dengan pelancaran dua model berkapasiti 250cc, Duke dan RC. Rekaannya masih sama seperti model 200cc dan 390cc tetapi mempunyai kapasiti enjin paling optimum bagi mereka yang tidak ingin menaik taraf lesen motosikal dan kekal menggunakan lesen kelas B2.

KTM Duke 250 dan RC 250 dikuasakan oleh enjin 248.8cc berkuasa 31.3hp/ 24Nm tork dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Antara yang menjadi perhatian pada motosikal ini dan mampu memberi ia kelebihan berbanding jenama lain adalah seperti suspensi WP di hadapan dan belakang, angkup brek Bybre, kerangka Trellis, klac ‘anti hopping’ (slipper) dan sistem brek ABS Bosch.

Harga yang lebih kompetitif ditawarkan sebelum GST di pasaran, RM17,888 bagi Duke 250 dan RM18,888 bagi RC250, hasil daripada pemasangan tempatan (CKD) motosikal ini di kilang Eurotech Manufacturer Sdn Bhd di Jitra (harga belum termasuk GST).

sumber Motorme

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ







Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger