Diskaun 30 Peratus Dan Kad Touch N Go Percuma Di Lebuh Raya Cheras-Kajang


Grand Saga Sdn Bhd, syarikat konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, akan memberi diskaun sebanyak 30 peratus bagi tempoh 24 jam mulai 12.01 tengah malam 17 Julai 2015 untuk pengguna laluan kutipan tol elektronik sempena Aidilfitri.

Syarikat itu juga akan turut mengedarkan 1,500 kad Touch ‘N’ Go secara percuma, dengan nilai keseluruhan RM10,500. Kad tersebut biasanya dijual pada harga RM10 setiap satu, didatangkan dengan nilai sedia ada RM2 serta akan diedar di plaza tol Cheras-Kajang pada 15 Julai ini.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger