Diskaun 20 Peratus Untuk Pengguna NPE Sempena Aidilfitri 2015


Pengurusan Divisyen Tol IJM, pengendali syarikat konsesi Lebuhraya Baru Pantai (NPE) telah mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 20% akan diberikan pada 17 Julai ini sempena dengan sambutan Aidilfitri.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff, pemberian diskaun tol bermula 12.01 pagi hingga 12 malam pada hari berkenaan, laporan Bernama.

Wan Salwani berkata pihaknya menyarankan kepada pengguna untuk menggunakan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) untuk ke selatan manakala bagi mereka ingin ke timur, pengguna boleh menggunakan Besraya melalui persimpangan Kuchai Lama untuk ke Plaza Tol Loke Yew menuju ke MRR2.

Divisyen Tol IJM turut menyediakan maklumat trafik terkini di semua ‘Variable Message System’ (VMS) sepanjang NPE atau pengguna lebuhraya ini mengikutinya menerusi Twitter bagi merancang perjalanan.

sumber ArenaKereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger