Tiada Perubahan Harga Petrol Dan Diesel Untuk Bulan Mei 2015


Harga runcit bahan api bagi bulan May 2015 adalah sama seperti bulan April – RON 95 RM1.95 per liter, RON 97 RM2.25 per liter dan diesel RM1.95 per liter. RON 97 dikenakan GST 6% seperti sebelum ini.

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Harga ini tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut. Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei. Setiap hujung bulan menjadi penantian segelintir orang ramai dan juga media sosial mengenai harga runcit petrol dan diesel.
Share this article :

+ comments + 2 comments

11 Jun 2015 11:14 PG

tak usahlah tiap bulan naik terus

11 Jun 2015 11:15 PG

meski bahan bakar naik tetap saja mobil makin banyak

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger