SPYSHOTS : Foday Explorer 6 Sedang Melakukan Ujian Jalan Raya!


Sebuah SUV yang sedang melakukan ujian telah berjaya dirakamkan oleh sahabat saya Muiz Gengkey di jalan raya timur barat berhampiran Gerik Perak. Pada pandangan beliau, SUV ini agak berbeza sekali dari segi rekaan jika hendak dipadankan dengan jenama popular seperti Ford, Toyota, Isuzu, Mazda dan Mitsubishi.

Dari info yang saya perolehi, ia merupakan sebuah SUV dari China iaitu Foday Explorer 6. Explorer 6 ini direka oleh FODAY bersama-sama dengan sebuah syarikat reka bentuk automobil yang sangat terkenal. 

Gril lurus ke bawah, sesuai dengan lampu mata helang, menjadikan kenderaan yang kelihatan kuat dan agresif. rim aloi 17 inci, jalur pencegahan kemalangan dan ruang rak meningkatkan lagi otot SUV ini ditambah pula dengan rekaan lampu belakang dan pintu, Explorer 6 memberikan tanggapan yang lebih menarik.

Chasis Explorer 6 menggunakan teknologi Mitsubishi Pajero. Turut serta enjin petrol 2.0 Mitsubishi, selain itu mempunyai enjin petrol 2.2, turbo diesel 2.8 bagi 2WD dan 4WD. Jika dilihat jadual yang diperolehi di bawah, kesemua varian menggunakan trasmisi manual 5 kelajuan.

Berdasarkan gambar spyshot, kelihatan tayar spare diletakkan di pintu belakang berbeza seperti model asal. Dan juga dilihat, Explorer 6 ini menggunakan enjin diesel berdasarkan pelepasan asap yang banyak ketika pendakian bukit. 

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 


 
 
 
 
 


Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
2 April 2015 7:41 PG

foday ini sangat persis dengan esemka indonesia. maybe esemka itu rebadge model keluaran foday. ini bermaksud esemka bukan hasil tempatan rakyat

Tanpa Nama
6 April 2015 3:50 PTG

rebadge produk tu perkara biasa. mcm proton dulu pun kerjasama dgn mitsu. sekarang proton dah keluarkan kereta sendiri.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger