Spyshot : Aksesori GearUp Untuk Perodua Axia!!


Beberapa gambar brochure yang menarik telah dihantar lagi oleh sahabat Axia Owner Club. Kali ini ia lebih jelas dan turut menerima set aksesori GearUp adalah Axia SE dan Advance! Terdapat dua jenis iaitu Sporty GearUp Bodykit dan Elegant GearUp Bodykit.

Sporty GearUp Bodykit adalah untuk Axia SE dan Advance manakala Elegant GearUp Bodykit untuk Axia G dan E. Set Aksesori GearUp Axia SE dan Advance ini dihitamkan sedikit pada bumper antara lampu hadapan. juga terdapat lips di keliling. Bagi Axia G pula menerima sedikit kemasan pada bahagian gril dan logo hadapan.

Berdasarkan info yang terbaru, terdapat beberapa pakej, mungkin 4 pakej. Berdasarkan gambar di bawah terdapat pakej B dan C. Pakej B menawarkan bodykit beserta spoiler untuk Axia E dan G dengan harga promosi RM2200 (asal RM2575) manakala Pakej C menawarkan bodykit berserta kemasan interior dengan harga promosi RM2399 (asal RM2805) .

Brochure tersebut mengatakan promosi penjimatan bakal berlangsung mulai 16 April hingga 31 Ogos 2015 dengan tempoh jaminan selama 6 bulan. Selain itu bagi pembeli aksesori RM500 ke atas dalam satu resit, anda layak mendapat jaket GearUp selagi stok masih ada.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ







Share this article :

+ comments + 6 comments

Tanpa Nama
15 April 2015 3:30 PTG

lagi mngancam!!!

Tanpa Nama
15 April 2015 3:31 PTG

letak emblem extreme kat belakang baru terbaik.

16 April 2015 4:11 PTG

Cool..

16 April 2015 4:12 PTG

Cool..

Tanpa Nama
17 April 2015 2:04 PTG

menarik!

18 April 2015 1:07 PTG

Menarik! Dah boleh tempah..berminat hubungi sy :)
- Shah

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger