Proton Yakin Capai Pertumbuhan 12-15 Peratus Hasil Populariti Iriz


Proton Holdings Bhd (Proton) yakin dapat mencapai pertumbuhan jualan keretanya antara 12 hingga 15 peratus tahun ini, hasil daripada populariti model baharu, Iriz.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata setakat ini model itu yang dilancarkan September tahun lalu mencatat jualan 11,000 unit.

“Sebanyak 30 peratus daripada jualan itu datang dari Wilayah Selatan manakala bakinya Lembah Klang dan lain-lain kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada penutupan Karnival Alami Proton sempena Pertandingan Worldskills Malaysia Belia 2015 di perkarangan letak kereta Plaza Angsana, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia, Datuk Romli Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Norzahid Mohd Zahudi.

Abdul Harith berkata, populariti Iriz dijangka meningkat menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Faktor utama Iriz menarik perhatian pembeli ialah ia mempunyai teknologi yang didapati pada kereta buatan Eropah.

“Tetapi harga dibayar cuma sesetengah daripada apa yang dibayar untuk kereta eropah berkenaan,” katanya.

Proton menyasar jualan 130,000 unit bagi semua model di seluruh negara tahun ini berbanding 115,00 unit pada tahun lalu.

Mengenai pelan jangka pendek, Abdul Harith berkata, tumpuan tidak akan terarah untuk memperkenal model baharu, sebaliknya memastikan Iriz terus berjaya mendapat jualan optimum.

“Kami mungkin mengambil lima hingga tujuh tahun untuk memperkenal model kereta baharu,” katanya. 

– BERNAMA
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
6 April 2015 3:48 PTG

sepatutnya harga diskaun iriz sekarang adalah harga yg sepatutnya.. kalau harga asal memang susah org nak beli. dilema kualiti proton masa lalu.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger