Perodua Lancar Set Aksesori GearUp Untuk Model Axia


Perodua telah secara rasmi melancarkan produk aksesori original GearUp sebagai pilihan tambahan untuk pemilik Perodua Axia. Perodua berhasrat untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka yang inginkan aksesori unik dengan produk berkualiti tinggi.

Set Aksesori GearUp Axia SE dan Advance ini dihitamkan sedikit pada bumper antara lampu hadapan. juga terdapat lips di keliling. Bagi Axia G pula menerima sedikit kemasan pada bahagian gril dan logo hadapan. Interior turut menerima kemasan sarung bangku dan doortrim.

Promosi penjimatan turut berlangsung mulai 16 April hingga 31 Ogos 2015 dengan tempoh jaminan selama 6 bulan. Selain itu bagi pembeli aksesori RM500 ke atas dalam satu resit, anda layak mendapat jaket GearUp selagi stok masih ada.

Terdapat 9 pakej untuk Perodua Axia. Anda boleh memilih untuk membeli secara berasingan untuk pakej kit badan, pakej bahagian dalaman, dan pakej penebat. Pakej kombo juga turut ditawarkan oleh Perodua.

Adakah GearUp hanya untuk Axia sahaja? Mengikut beberapa info, Myvi facelift baharu turut akan memperoleh aksesori GearUp dan juga merancang untuk model Alza. Jom tengok gambar dan senarai harga GearUp untuk Axia :





Perodua GearUp – Axia 1.0 SE & Axia 1.0 Advance





Perodua GearUp – Axia 1.0 E & Axia 1.0 G







sumber : arenakereta

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger