Perodua Myvi Dapat Anugerah Kereta Dengan Nilai Terbaik Untuk Wang


Perodua Myvi telah merangkul Anugerah Frost & Sullivan sebagai kereta dengan nilai yang terbaik untuk wang bagi kategori enjin 1.3 ke atas.

Anugerah itu diberi berdasarkan ukuran kuantitatif, termasuk jumlah jualan dan harga model yang dijual pada 2014, alat ganti, penggunaan bahan api serta kos pemilikan dalam tempoh lima tahun atau penggunaan sepanjang 100,000 kilometer.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan, berkata anugerah itu menunjukkan komitmen keseluruhan syarikat untuk membawa nilai terbaik termasuk kualiti.

Perodua telah menjual lebih 830,000 unit Myvi sejak dilancarkan pada 2005 dan kenderaan itu terus menjadi pilihan pengguna di negara ini.
-BERNAMA


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger