Perodua Bakal Perkenal Set Aksesori GearUp untuk Axia Varian G?


Satu gambar brochure yang menarik telah dihantar oleh sahabat Axia Owner Club semalam. Menurut info yang diberikan, Perodua bakal memperkenalkan set aksesori GearUp untuk Axia varian G dan juga mungkin bodykit boleh dipasang untuk varian E.

Set Aksesori GearUp ini meliputi bodykit - hadapan yang garang, skirting tepi, kit bumper belakang, sarung bangku depan belakang bercorak berlian, penyerap bunyi - hood insulator dan door comfort serta kemasan pada door trim.

Set bodykit ini tidak menunjukkan rekaan spoiler yang baru, namun bahagian hadapan kelihatan perubahan ketara seperti model konsep Perodua Alza Infiniti, dengan tambahan sarung chrome pada bahagian gril dan bahagian tengah dihitamkan.

Secara luarannya, seperti masih belum cukup kerana dengan wajah garang ini, ia perlu foglamp, sportrim yang lebih sesuai dan besar sedikit, lampu kabus belakang, juga mungkin perlu bumper belakang varian SE selain spoiler yang lebih menarik.

Setakat ini, harga untuk aksesori GearUp masih belum diketahui. Namun pada brochure tersebut mengatakan promosi penjimatan bakal berlangsung mulai 16 April hingga 31 Ogos 2015 dengan tempoh jaminan selama 6 bulan. Satu usaha yang menarik oleh Perodua untuk pemilik Axia G dan E.


Share this article :

+ comments + 11 comments

Tanpa Nama
14 April 2015 9:34 PG

kedai abang dan ahbeng cepat2 copy.. jual murah sikit..

Tanpa Nama
14 April 2015 10:38 PG

boleh jadi 3k harga dia..

Tanpa Nama
14 April 2015 10:50 PG

perlu ada foglamp atau DRL atau sportlight kat bumper :-)

Tanpa Nama
14 April 2015 12:58 PTG

cun sgt2!!!

Tanpa Nama
14 April 2015 1:00 PTG

ada bakat merekabentuk tp finishing mcm kurang perfect

Tanpa Nama
14 April 2015 2:10 PTG

depan dh nampak terbaik tp belakang pula macam kosong

Tanpa Nama
14 April 2015 2:47 PTG

betul ke ni? takde dlm web perodua pun..

Tanpa Nama
14 April 2015 2:59 PTG

perodua mmg xde bende lain.. ubahsuai kosmetik je lah..

Tanpa Nama
14 April 2015 3:43 PTG

marketing strategy..

Tanpa Nama
14 April 2015 3:53 PTG

nampak mcm utk varian G. tp owner varian E boleh pakai bodykit tu.

Tanpa Nama
14 April 2015 4:00 PTG

nampak pelik sikit pada bahagian logo. terutama pd besi krom.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger