Pengedar Perodua Mohon Kerajaan Luluskan Tuntutan 10 Peratus Cukai Jualan


Persatuan Pengedar Perodua meminta kerajaan membenarkan anggotanya untuk menuntut 10 peratus cukai jualan ke atas invois yang dikeluarkan sebelum perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.

Presidennya, Wan Kamal Wan Ismail dalam satu kenyataan, berkata sekarang ini semua kenderaan baharu dikenakan cukai 10 peratus dan ini akan diganti dengan CBP sebanyak enam peratus selepas 1 April.

"Ini bermakna stok yang tidak dijual, di mana cukai jualan 10 peratus sudah dibayar, akan dikenakan lagi tambahan enam peratus CBP selepas 1 April.

"Setiap pengedar akan rugi secara purata sebanyak RM230,000 akibat dua kali cukai selepas 1 April," katanya.

Wan Kamal berkata pengedar Perodua kebanyakannya terdiri daripada syarikat-syarikat bersaiz sederhana dan kerugian ini akan memberikan kesan yang besar ke atas perniagaan mereka, terutamanya dari segi aliran tunai dan keuntungan.

-BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger