Jualan Kenderaan Mac Meningkat 33.6 Peratus Kepada 67,314 Unit


Jumlah jualan kenderaan pada Mac tahun ini meningkat 33.6 peratus kepada 67,314 unit daripada 58,924 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

MAA berkata ini merupakan jualan keseluruhan kenderaan (TIV) bulanan kedua tertinggi yang dicapai sejak 68,451 unit yang dicatatkan pada Julai 2013.

"TIV yang lebih tinggi ini disebabkan tawaran menarik dan insentif yang diberikan oleh syarikat kereta untuk menghabiskan stok sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP)," kata MAA dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jualan kereta penumpang pada Mac meningkat kepada 59,318 unit daripada 52,127 unit dalam bulan yang sama tahun lepas manakala jualan kenderaan perdagangan naik kepada 7,996 unit daripada 6,797 unit.

MAA berkata jumlah pengeluaran kenderaan meningkat kepada 60,085 unit pada Mac daripada 50,382 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

Pengeluaran kenderaan penumpang naik kepada 55,183 unit daripada 46,807 unit dan pengeluaran kenderaan perdagangan meningkat kepada 4,902 unit daripada 3,575 unit.

Mengenai prospek bagi April, MAA berkata jualan dijangka lebih rendah berbanding Mac kerana pasaran akan mula kembali normal selepas pelaksanaan CBP.

-- BERNAMA
Share this article :

+ comments + 1 comments

tak seimbangnya jalan dengan kendaraan di kota

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger