Harga RON97 Kekal RM2.25 Selepas GST


Harga runcit RON97 pada RM2.25 seliter bagi April sudah diambil kira Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus, menurut Kementerian Kewangan.

"Harga RON97 itu kekal tidak berubah seperti harga pada bulan Mac, tidak seperti apa yang dilaporkan dalam sebuah akhbar iaitu harga RON97 adalah RM2.385 selepas GST," kata seorang jurucakap kementerian ketika dihubungi Bernama.

GST akan dilaksanakan mulai hari ini.

Semalam, RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 diumumkan kekal pada harga bulan Mac.

Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Astro Awani


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger