Proton Tawar Diskaun Hingga 50 Peratus Untuk Alat Ganti, 20 Peratus Barangan R3, 30 Peratus Barangan Proton Lifestyle


PROTON Holdings Berhad (Proton) akan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus terhadap pembelian alat ganti tulen terpilih sempena Karnival Alami Proton yang dianjurkan di Angsana Mall, di Johor Bahru, ‎mulai 2 hingga 5 April depan.

Syarikat itu dalam satu kenyataan di sini berkata, pihaknya turut memberi potongan sehingga 20 peratus terhadap pembelian barangan R3 dan 30 peratus untuk barangan jenama Proton Lifestyle, sepanjang karnival tersebut.

"Selain itu, pengunjung karnival juga berpeluang mendapatkan pemeriksaan keselamatan kenderaan secara percuma, memandu uji pelbagai model kereta Proton khususnya Iriz dan mengikuti pelbagai aktiviti menarik termasuk 'gymkhana', demonstrasi pasukan Proton R3, pameran interaktif, pertunjukan kereta dan acara hiburan," katanya.

Karnival itu yang dibuka percuma kepada umum dari pukul 10 pagi hingga 7 petang, dianjurkan secara usahasama antara Proton, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Sumber Manusia. 

- Bernama
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger