Proton Iriz 2014 Kini Bermula RM37+++, Tawaran Hingga 31 Mac 2015 Sahaja!

Mungkin sebahagian anda ingin atau bakal bertukar sebuah kereta kompak baru pada ketika ini, Proton menawarkan sebuah kompak yang semakin menjadi pilihan ramai iaitu Proton Iriz. Sebanyak lebih 10,000 Proton Iriz telah didaftarkan di Malaysia sejak pelancarannya pada September tahun lepas di mana Proton menerima purata 150 tempahan sehari bagi kereta kompak itu didorong oleh permintaan untuk varian automatik 1.6 liter.

Proton Iriz juga dijangka akan diperkenalkan ke pasaran Indonesia Mei ini. Terdapat sedikit perbezaan antara model Iriz Malaysia dan Indonesia. Menariknya, hatchback segmen B tersebut akan berharga lebih murah di Indonesia berbanding Malaysia. Saya percaya ini akan menjadi varian asas untuk Iriz di negara kita nanti.

Untuk itu, harga RM37+++ ini adalah bagi 1.3 mt standard bagi model keluaran 2014. Saya sarankan harga Iriz 1.3 mt standard ini patut dikekalkan pada harga ini dan jika terdapat pengenalan Iriz basic kelak boleh dijual pada harga RM30+++. Promosi Iriz 2014 ini akan berakhir pada 31 Mac 2015 sementara stok masih ada. Jadi jangan lepaskan peluang menarik ini!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger