Pelan Mobiliti Pintar Ford Dikembangkan Pada Kongres Pergerakan Dunia Menerusi Eksperimen Basikal Elektrik untuk Kegunaan di Kawasan Urban


Ford Motor Company  mengembangkan pelan Mobiliti Pintar Ford global dengan satu eksperimen baharu untuk mengkaji bagaimana basikal elektrik boleh berintegrasi dengan lancar bersama kereta serta sistem pengangkutan awam dalam usaha menawarkan pergerakan harian yang lebih pantas dan mudah, di samping membantu perniagaan beroperasi di pusat bandar. 

Eksperimen yang dikenali sebagai Handle on Mobility itu telah diperincikan pada hari ini dalam acara Kongres Pergerakan Dunia di Barcelona. Ia merupakan projek mobiliti terbaharu yang  diumumkan oleh Ford di seluruh dunia sebelum ini. Menjadi sebahagian daripada Mobiliti Pintar Ford, pelan itu bermatlamat untuk membantu mengubah cara dunia bergerak menerusi inovasi dalam bidang ketersambungan, mobiliti, kenderaan berautonomi, pengalaman pengguna dan data bersaiz besar. 

Eksperimen-eksperiman ini akan membantu menguji idea-idea pengangkutan demi memberi pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan. Ia juga bertujuan menghasilkan model-model yang fleksibel, mempunyai kolaborasi sosial dan memberi manfaat kepada pengguna. 

“Mengubah cara kita berfikir, berkolaborasi dan bertingkah laku adalah penting dalam  memastikan manusia serta ekonomi bebas bergerak,” kata Ketua Pegawai Operasi Ford Eropah, Barb Samardzich. “Pelan Mobiliti Pintar Ford menyokong komitmen kami terhadap inovasi yang sememangnya bermatlamat untuk membangunkan sistem pengangkutan lebih pintar. Ia mampu menghilang kebimbangan ketika merancang perjalanan dan meningkatkan kualiti hidup di bandar yang sibuk.” 

Masalah kesesakan jalan raya dan tempoh perjalanan yang terlalu lama sememangnya memberi impak ekonomi serta sosial yang signifikan di bandar-bandar besar. Menurut Suruhanjaya Eropah, kesesakan di Kesatuan Eropah mengakibatkan kos sekitar €100 bilion setahun. * Satu kajian oleh Pejabat Statistik Kebangsaan UK menunjukkan bahawa setiap minit yang ditambah dalam perjalanan memberi kesan terhadap rasa bimbang, gembira dan kesejahteraan hidup secara umumnya.**

Handle on Mobility
Eksperimen Handle on Mobility mengembangkan rangkaian penyelesaian pengangkutan serta  menawarkan perjalanan yang lebih terhubung. Di samping lebih efisien, selamat, sihat dan membolehkan perjalanan disempurnakan dengan kurang rasa bimbang dan tekanan. 

Pada peringkat awal eksperimen, Ford mencabar kakitangannya di seluruh dunia untuk menghantar reka bentuk sebuah e-bike. Prototaip e-bike MoDe:Me dan MoDe:Pro yang  dipamerkan pada Kongres Pergerakan dunia merupakan antara rekaan terbaik  daripada 100 penyertaan yang diterima. 

Kedua-dua basikal itu dilengkapi dengan sebuah motor berkuasa 200 watt dan bateri yang mampu  bertahan selama sembilan jam. Motor dan bateri itu menyediakan bantuan pedal elektrik serta boleh mencatat kelajuan sehingga 25km/j. Prototaipe ini menawarkan teknologi yang diinspirasikan daripada industri automotif seperti alat pengesan ultrasonik di bahagian belakangnya. Hasilnya, satu sistem akan memberi amaran kepada penunggang apabila kenderaan memotongnya  dengan cara menggetarkan bar hendal. Ia juga memberi amaran mengenai kehadiran e-bike lain dengan menyala lampu pada hendal bar. 

Basikal yang boleh dilipat dan disimpan dengan mudah ke dalam kenderaan Ford itu mampu memenuhi keperluan pengguna yang berbeza: 

e-bike MoDe:Me– dibina hasil bantuan pengeluar basikal Dahon bagi membolehkan warga kota terus bergerak di kesesakan jalan raya di bandar. Ia boleh dilipat dan disimpan dengan mudah. Sekali gus membolehkan pengguna meletak kenderaan di pinggir bandar, membawa e-bike ke dalam pengangkutan awan dan bergerak ke pusat bandar, sebelum menaiki e-bike ke destinasi masing-masing

The MoDe:Pro e-bike – dibina oleh satu pasukan daripada Ford. Ia dibina untuk kegunaan komersial seperti pekerja kurier, juru elektrik serta perkhidmatan penghantaran barang. Basikal ini direka supaya dapat disimpan di dalam kenderaan komersial seperti Transit Connect yang boleh bertindak sebagai kenderaan pengangkut dan sokongan, selain mampu mengangkut lebih daripada sebuah e-bike

Prototaip e-bike MoDe:Me dan MoDe:Pro boleh digunakan bersama aplikasi dikenali sebagai MoDe:Link yang boleh diselarikan dengan telefon pintar iPhone 6. Informasi pada masa sebenar daripada aplikasi e-bike ini menawarkan:  

Navigasi: Getaran pada bar hendal memberitahu penunggang bilakah mereka  perlu membelok. Lampu isyarat membelok akan dinyalakan secara automatik bagi tujuan keselamatan. Aplikasi tersebut mampu mengenal pasti jalan-jalan yang mesra basikal, bahaya dan memberi amaran. Ia juga boleh mengesan dan berkomunikasi dengan kenderaan-kenderaan lain. 

Navigasi multi modul dan penghalaan pintar: Mengintegrasikan rancangan perjalanan dengan rangkaian kenderaan peribadi dan pengangkutan awam. Ia boleh ditapis melalui kos, masa dan jumlah mengayuh basikal. Peta turut merangkumi maklumat mengenai cuaca, kos parkir dan stesen mengecas

Kelajuan dan keselesaan: Kadar bantuan pedal elektrik boleh diubah suai berdasarkan kepada degupan jantung. Mode “Tiada Peluh” mengurangkan keperluan untuk mengayuh dan membolehkan pengguna tiba di lokasi dalam keadaan lebih segar

Serasi dengan sistem SYNC: Apabila e-bike disimpan dan dicaj di dalam kenderaan, sistem ketersambungan yang diaktifkan menerusi suara iaitu SYNC akan memaparkan aplikasi pada skrin kereta 

Selepas pengguna memasukkan maklumat mengenai destinasi, aplikasi MoDe:Link akan menyenaraikan jalan, sebelum menawarkan arahan navigasi yang menyeluruh. Ini mungkin termasuklah memandu masuk ke dalam stesen kereta api, membawa masuk e-bike ke dalam kereta api, sebelum kembali mengayuh basikal untuk tiba ke destinasi akhir. Aplikasi itu turut mengemas kini jalan sekiranya berlaku perubahan. Misalnya, jika perkhidmatan kereta api dibatalkan, aplikasi tersebut akan mencadangkan pengguna supaya memandu. 

“Terdapat begitu banyak cara untuk bergerak dalam sesebuah bandar. Namun, apa yang benar-benar diperlukan sekarang adalah cara untuk menghubungkan semua pilihan pengangkutan ini secara serentak,” kata Naib Presiden Kejuruteraan Penyelidikan dan Lanjutan Ford, Ken Washington. “Kemampuan untuk bergerak dengan lancar di antara kereta, bas, kereta api dan e-bike, serta boleh bertindak balas berdasarkan kepada perubahan situasi trafik boleh memberi perubahan besar tehadap pengguna biasa serta mereka yang menghantar barang, perkhidmatan dan penjagaan kesihatan.”  

Eksperimen Info Cycle 
Pada acara Kongres Pergerakan Dunia, Ford mempamerkan eksperimen Info Cycle buat pertama kalinya di Eropah. Eksperimen Info Cycle merupakan satu inisiatif kajian sumber terbuka yang mengumpulkan maklumat mengenai bagaimana basikal digunakan di kawasan bandar yang berbeza. Projek ini telah direka untuk meningkatkan pemahaman mengenai ekosistem menunggang basikal dan menambah baik tahap keselamtan penunggang basikal. Di samping meneroka peta yang telah ditambah, merancang perjalanan yang bijak dan perkhidmatan berasaskan kepada komuniti. Jadi, sebuah kotak alat pengesan di atas kerangka akan mengumpulkan data-data seperti kelajuan roda, pecutan, cuaca dan altitud.  

Projek-projek mobiliti global 
Dalam acara Pameran Elektronik Pengguna 2015 di Las Vegas pada Januari lalu, Ford mengumumkan buat pertama kali mengenai Mobiliti Pintar Ford dan 25 eksperimen awalnya. Eksperimen ini direka untuk mengetahui apa yang dimahukan serta diperlukan oleh para pelanggan dalam ekosistem pengangkutan pada masa depan. Kini, eksperimen-eksperimen itu dijalankan di Eropah, Amerika Utara, Afrika dan Amerika Selatan. Eksperimen-eksperimen itu termasuklah: 

Big Data Drive: Dearborn, Michigan
Fleet Insights: United States
Data Driven Insurance: London
Remote Repositioning: Atlanta
City Driving On-Demand: London
Dynamic Social Shuttle: New York, London
Car Swap: Dearborn, Michigan
Ford Carsharing: Germany
Share-Car: Bangalore, India
Rapid Recharge & Share: Dearborn, Michigan
Data Driven Healthcare: The Gambia, West Africa
Parking Spotter: Atlanta
Info Cycle: Palo Alto, California
Painless Parking: London

Eksperimen global yang seterusnya adalah Innovate Mobility Challenge Series. Ford telah menjemput para pencipta dan pembina hartanah di seluruh dunia untuk menghasilkan penyelesaian ke atas beberapa cabaran mobiliti yang spesifik di England, Portugal, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, India dan China. Siri itu akan diteruskan di Australia pada tahun ini.   

Cabaran-cabaran itu termasuklah mendapatkan penyelesaian teknologi dalam mengenal pasti ruang-ruang parkir terbuka di kawasan urban, menawarkan cara lebih baik untuk bergerak di bandar-bandar yang sesak serta penggunaan navigasi dan alat-alat lain bagi membantu orang ramai mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan di kawasan-kawasan terpencil. 

Dalam acara International CAR Symposium  yang berlangsung di Bochum, Jerman pada bulan lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif  Ford, Mark Fields turut mengumumkan penyertaan Ford ke dalam inisiatif-inisiatif berikut: 

Pengalaman Inivasi Mobiliti Peribadi: Projek yang baru dilancarkan ini bertujuan mengenal pasti mengenal pasti ciri-ciri, teknologi, perkhidmatan dan penyelesaian yang membolehkan Ford memenuhi keperluan serta ekspektasi pengguna yang kerap berubah terhadap mobiliti peribadi. Ia juga membantu menangani cabaran-cabaran sosial seperti kesesakan lalu lintas dan isu-isu alam sekitar 

Kerjasama penyelidikan di antara Pusat Penyelidikan & Inovasi Ford Eropah di Aachen, Jerman serta Institut Pengurusan Teknologi dan Inovasi oleh RWTH Aachen University akan melihat kepada contoh-contoh seperti Apple dan Amazon yang telah berkembang daripada satu produk dan penyedia servis menjadi satu platform perkhidmatan ekosistem perkakasan serta perisian yang lengkap. Projek ini juga akan mengenal pasti bagaimana pendekatan ini boleh memberikan pengalaman pemilikan kereta yang lebih baik. Selain pendekatan baharu terhadap berkongsi kereta dan personalisasi penyelesaian mobiliti, serta mencipta ciri-ciri inovatif dan peluang-peluang perniagaan baru. 

UK Autodrive: Ford juga menyumbang kepada satu inisiatif yang mengkaji bagaimana kereta yang terhubung dan tiada pemandu boleh diintegrasikan ke dalam kehidupan seharian. Syarikat akan menyediakan dua buah kereta prototaip yang memiliki kemampuan telekomunikasi dengan kenderaan bagi membantu menguji satu system pengengkutan awam yang inovatif. 

“Di Ford, kami menginovasikan setiap aspek perniagaan dan terbuka terhadap cara yang lebih pintar untuk memastikan dunia boleh bergerak dengan bebas,” kata Samardzich. “Komitmen kami terhadap mobiliti bukan sekadar kenderaan sahaja. Malah turut merangkumi pelaburan dalam pelbagai projek dan eksperimen mobiliti. Projek-projek penyelidikan yang berterusan ini membantu kami untuk mengetahui apa yang berfungsi, serta membangunkan penyelesaian mobiliti yang lebih pintar dan terhubung.” 



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger