Kadar Tambang Baharu Teksi Diteruskan , Bas Ekspres Dan Rel Ditunda


PUTRAJAYA - Pelaksanaan tambang baharu perkhidmatan bas ekspres dan rel kini ditunda manakala tambang baharu teksi diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri hari ini. 
    
Beliau berkata, penundaan itu hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan, diputuskan mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat lepas. 
    
"Tambang baharu untuk perkhidmatan teksi seperti mana yang telah diumumkan pada 19 Mac akan diteruskan pelaksanaannya," kata menteri itu dalam satu kenyataan di sini. 
    
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di talian 03-27267000 atau emel ke communications@spad.gov.my. 
    
Khamis lepas, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan bahawa tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus manakala tambang bas ekspres naik 22.6 peratus bermula 15 Mei. 
    
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian meminta SPAD menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu pengangkutan awam itu.

-BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger