Honda Civic Type R Serba Baharu - Pacuan Roda Hadapan Terpantas!


Honda Civic Type R hatchback yang popular, telah secara rasmi di Geneva MotorShow pada hari Rabu, sekarang juga secara rasmi merupakan kereta pacuan roda hadapan terpantas di dunia.

Selain daripada kelebihan mencapai 306bhp, 269kp/h, Honda juga mendedahkan bahawa ujian telah mencatatkan pusingan masa hanya 7 minit dan 50.63 saat apabila dipandu di trek perlumbaan lagenda Jerman dengan merekod hampir empat saat masa terpantas.

Dalam tahun-tahun kebelakangan, litar 20.8km menjadi kayu ukur bagi mana-mana kereta yang ingin menuntut kelayakan sukan dan pada Mac 2014, Seat Leon menjadi kereta pemacu roda depan terpantas pernah ke pusingan litar, menetapkan masa 7 minit dan 58.4 saat yang luar biasa.

Walau bagaimanapun, hanya dua bulan kemudian, didorong oleh pencapaian Seat, Renault pecah rekod lagi dengan Megan, menetapkan masa 7 minit dan 54.3 saat. Dengan rekod yang dinamik sedia ada, Honda Civic Type R, yang dijual pada musim panas ini, berharga dari €40,000 (RM162, 107).


sumber : AFP/Relaxnews

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ










Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger