Ford Dinamakan sebagai Syarikat Paling Beretika di Dunia oleh Ethisphere Institute 2015

Satu-satunya Pengeluar Kenderaan yang Menerima Pengiktirafan Ini

DEARBORN, Mich., Mac 16, 2015 – Ford Motor Company dinamakan sebagai Syarikat Paling Beretika di Dunia dalam senarai Ethisphere Institute® 2015.

Penghormatan itu diberi berdasarkan kepada cara bagaimana sesebuah syarikat menjalankan perniagaan, ia dilihat sama penting dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkannya. 

“Anugerah ini mengiktiraf cara perniagaan dilaksanakan dan membuat pilihan yang betul pada setiap hari,” kata Pengerusi Eksekutif Ford Motor Company, Bill Ford. “Etika dan warga korporat merupakan faktor penting yang memberi kesan terhadap reputasi serta kejayaan sesebuah syarikat. Kami amat berbangga kerana Ford menjadi satu-satunya pengeluar kenderaan yang menerima penghormatan ini untuk enam tahun berturut-turut.” 

Penilaian Syarikat Paling Beretika di Dunia dibuat berdasarkan kepada satu rangka kerja yang dibangunkan oleh Ethisphere Institute. Ia menilai prestasi sesebuah organisasi secara objektif, konsisten dan atas standard tertentu. Pengiktirafan ini diberi berdasarkan kepada rating tertinggi dalam lima kategori - etika dan pematuhan; warga korporat dan tanggungjawab; budaya beretika, tadbir urus dan kepimpinan; inovasi dan reputasi.

“Syarikat-syarikat Paling Beretika di Dunia memiliki korelasi di antara amalan perniagaan yang beretika dengan penambahbaikan prestasi syarikat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ethisphere, Timothy Erblich. “Untuk mendapat pengiktirafan ini, ia memerlukan penglibatan secara kolektif daripada tenaga kerja global di semua peringkat. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan Ford atas pencapaian yang luar biasa ini.” 

Pengiktirafan ini mempunyai kolerasi dengan dapatan kajian yang menunjukkan bahawa etika dan kepercayaan memainkan peranan penting ketika pelanggan membuat keputusan pembelian. Berdasarkan kepada kaji selidik Harris Poll Reputation Quotient 2015 yang dijalankan pada tahun lalu, 53 peratus rakyat Amerika Syarikat membuat kajian mengenai sesebuah syarikat sebelum berurusan dengan mereka. Lebih dua pertiga responden menyatakan mereka tidak akan berurusan dengan syarikat yang mempunyai persepsi atau reputasi negatif. 

Ford melihat trend ini mempengaruhi para pelanggan dari semua peringkat usia – terutama pelanggan yang lebih muda. Berdasarkan kepada satu kajian yang dijalankan oleh firma penyelidikan Sparks & Honey, 53 peratus golongan Generasi Z yang lahir selepas tahun 1993 menyatakan mereka ingin memberi lebih impak kepada dunia berbanding rakan mereka yang lahir dalam millenium sama. Pelanggan ini dikatakan akan melakukan urusan perniagaan dengan syarikat-syarikat yang berkongsi nilai-nilai sama. 

Untuk maklumat lanjut mengenai methodologi dan melihat senarai penuh Syarikat Paling Beretika di Dunia 2015, sila layari laman web: http://ethisphere.com/worlds-most-ethical/wme-honorees/.


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger