Ford Bakal Pamer Mustang Baharu yang Ikonik Buat Pertama Kalinya di Malaysia


Ford Motor Company hari ini mengumumkan bahawa Mustang baharu akan dipertontonkan di Publika di Solaris Dutamas bermula 11 hingga 15 Mac, jauh lebih awal daripada ketibaan rasminya ke bilik-bilik pameran Ford seluruh negara pada Disember depan. 

Acara ini menandakan bahawa kereta ikonik Ford generasi seterusnya bakal dipamerkan buat pertama kalinya di Malaysia. 

Untuk meraikan 50 tahun pengeluarannya, kereta sports Amerika ini akan mula memasuki pasaran global. Malaysia merupakan antara pasaran pemanduan sebelah kanan yang akan menerima Mustang baharu. Maknanya, rakyat Malaysia boleh membeli secebis daripada warisan automotif ini untuk pertama kali tidak lama lagi. 

Mustang akan ditawarkan di Malaysia dalam versi fastback dan convertible. Pelanggan boleh memilih enjin 5.0 liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa 435 kuasa kuda dan tork setinggi 390 lb.-ft. atau enjin EcoBoost® bersesaran 2.3 liter yang berupaya menjana kuasa mencecah 310 kuasa kuda. 

Mustang merupakan salah satu kereta yang paling popular di dunia dengan lebih sembilan juta unit berjaya dijual sehingga kini. Ia benar-benar telah merevolusikan segmen kereta sports menerusi keunikan kombinasi reka bentuk yang tersendiri, prestasi tinggi dan mampu milik. Daripada litar lumba hinggalah ke layar perak, dari radio kepada kotak alat permainan, Mustang telah menjadi sebahagian daripada automotif serta budaya pop. 

Dibina di kilang pemasangan Flat Rock di Amerika Syarikat, Mustang baharu merupakan versi yang paling maju setakat ini. Dengan reka bentuk yang cukup kemas untuk versi fastback dan convertible, ia turut menawarkan kualiti pengendalian bertaraf dunia, kawalan stereng lebih tepat serta keselesaan pemanduan yang telah dipertingkatkan. Interpretasi moden dan maskular reka bentuk klasik Mustang juga lebih arodinamik dan efisien. Sekali gus mampu meningkatkan pretasi dan penjimatan bahan api. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.ford.com.my atau www.facebook.com/FordMalaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kedudukan Mustang dalam budaya pop, layari www.youtube.com/FordMustang


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger