Tropfest 2015 : SDAC Kempen The Projector Man


Sime Darby Auto Connexion (SDAC) - rakan pengedar kenderaan jenama Ford di Malaysia - baru-baru ini telah bekerjasama dengan festival filem pendek terbesar di dunia, Tropfest South East Asia untuk menghasilkan kempen The Projector Man. 

Seorang ‘lelaki projektor’ yang lengkap dengan beg sandang mengandungi bateri dan sebuah projektor di kepalanya akan menayangkan filem-filem pendek di lokasi-lokasi tumpuan ramai di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Ia bagi memberikan orang ramai bayangan tentang apakah rasanya apabila mereka datang ke Tropfest. 

Dua unit SUV urban Ford EcoSport akan bertindak sebagai kenderaan rasmi untuk ‘lelaki projektor’ dan krew menyerbu kawasan-kawasan seperti perhentian bas, teksi, kelab malam dan kedai makan. ‘Lelaki projektor’ itu juga akan menjemput orang ramai untuk pergi ke bilik pameran, memandu uji EcoSport dan berpeluang memenangi percutian hujung minggu di Pulau Pinang serta menghadiri Tropfest.

Tropfest merupakan acara tahunan yang menggalakkan pembikin filem baru untuk menyerlahkan bakat masing-masing dan mendapat pendedahan menerusi konsep platform  yang inovatif ini. Pertandingan filem pendek ini terbuka kepada semua penduduk dan warga negara dari rantau ini seperti Brunei, Kemboja, Timor Timur, Indonesia, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand, Filipina  Vietnam dan Malaysia tanpa mengira latar belakang atau pengalaman mereka. 







Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger