SDAC Naik Taraf Kemudahan Servis Lengkap Ford di Batu Pahat


Sime Darby Auto Connexion (SDAC), rakan pengedar Ford di Malaysia hari ini mengumumkan pemindahan bilik pameran dan pusat servis Ang Trading Batu Pahat ke premis baharu, sekali gus mampu menawarkan khidmat jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung serta kemudahan yang telah dinaik taraf kepada para pelanggannya. 

Ang Trading Batu Pahat merupakan pengedar Ford paling lama di Malaysia dan telah terlibat dalam perniagaan ini sejak tahun 1980. Dengan pengalaman selama 35 tahun, pusat 3S itu kini telah dipindahkan ke lokasi yang strategik demi memberi kemudahan serta perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan menerusi penambahan tiga ruang penyelenggaraan dan menggandakan ruang pameran secara keseluruhannya.  

“Kemudahan baharu ini menunjukkan proses naik taraf yang signifikan kepada para pelanggan di Batu Pahat. Dengan pelaburan mencecah RM1.5 juta, ia sememangnya lebih lengkap demi memenuhi segala keperluan jualan dan selepas jualan daripada pelanggan baharu dan sedia ada Ford,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Lee Eu San.

Ang Trading Batu Pahat mempunyai enam ruang servis yang dilengkapi peralatan diagnostik terkini dan dikendalikan oleh juruteknik bertauliah Ford. Sebanyak dua ruang Quick Lane juga disediakan bagi membolehkan penyelenggaraan dan pembaikan kecil dilakukan ke atas kereta yang hanya memakan masa kurang dua jam. Pelanggan juga tidak perlu membuat temu janji terlebih dahulu. Penyelenggaraan itu termasuklah penukaran minyak enjin dan penapis, sistem brek, tayar, pembaikan sistem ekzos yang mudah, talaan serta penjajaran. Para pelanggan juga boleh menikmati kemudahan-kemudahan yang telah dinaik taraf seperti lounge yang selesa, lengkap dengan Wi-Fi percuma dan minuman panas. 

Sempena pelancaran rasmi dan pembukaan semula itu, Ang Trading Batu Pahat menawarkan TV percuma kepada 10 pelanggan yang menempah kenderaan selepas majlis pelancarannya. Pelanggan yang menghantar kenderaan untuk diservis mulai sekarang hingga 28 Februari pula layak menerima pemeriksaan keselamatan 10 poin secara percuma. 

“Kemudahan baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen Ford dan SDAC untuk mengembangkan rangkaian dan khidmat pelanggan. SDAC juga melabur sebanyak RM140 juta dalam tempoh dua tahun akan datang untuk menaik taraf bilik-bilik pameran Ford dan menambah tiga pengedar baharu ke dalam rangkaian sedia ada,” tambah Lee.  

Ang Trading Batu Pahat terletak di lokasi strategik iaitu di Lot 1183, Jalan Mohd Akil, 83000, Batu Pahat, Johor. Bilik pamerannya dibuka dari jam 9:00am hingga 5:00pm, Isnin hingga Ahad. Sementara pusat waktu operasi pusat servisnya ialah dari Isnin hingga Sabtu, dari jam 9:00am hingga 5:00pm.  

Maklumat lanjut, sila hubungi hotline jualan Ang Trading Batu Pahat di talian 07-4342626 atau hotline selepas jualan di nombor 07-4326270.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger