Pemeriksaan Percuma Sempena Tahun Baru Cina Oleh Perodua


Perodua menawarkan pemeriksaan 50 mata percuma di bawah projek Tweckbot kepada pemilik kereta Perodua untuk perjalanan pulang ke kampung halaman mereka semasa Tahun Baru Cina.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata pelanggan Perodua juga boleh menikmati 20 peratus diskaun ke atas alat ganti dan 10 peratus diskaun bonus untuk anggota Perodua Circle.

Katanya, pemeriksaan kenderaan percuma itu dibahagikan kepada dua peringkat dengan peringkat pertama mulai 6 hingga 8 Februari di lokasi terpilih di Negeri Sembilan.

Peringkat kedua ialah selepas Tahun Baru Cina mulai 17 Februari hingga 1 Mac di lokasi terpilih di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Projek Tweckbot Perodua itu yang bermula pada 2011, menyaksikan integrasi pertama media sosial oleh pelanggan Perodua bagi mendapatkan temu janji pemeriksaan percuma kenderaan mereka di tempat tinggal masing-masing berdasarkan tarikh dan lokasi kru Tweckbot.

– BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger