Lotus Evora 400 Serba Baharu!


Lotus bakal memperkenalkan Evora 400 baharu  di Geneva, 3 Mac 2015. Terdapat perubahan telah dibuat antaranya dua pertiga komponen Evora 400 adalah komponen baharu bagi tujuan mengurangkan berat dan kos. Evora 400 ini hanya seberat 1415kg dengan pengurangan sebanyak 22kg.

Lotus Evora 400 dijana oleh enjin  aluminium 3.5 liter V6, 24 valve, mampu menghasilkan 400 kuasa kuda dengan 410 Nm daya kilas. Dengan transmisi manual 6 kelajuan, Evora 400 mampu mencecah kelajuan 300 km/h dan mengambil masa 4.2 saat untuk mencecah kelajuan 0-100 km/h. Ini menjadikan kereta sports pertama jenama Lotus yang mencapai 400 kuasa kuda.

Lotus Evora 400 juga menggunakan kerangka aluminium baharu buatan tangan di hethel dan ia menjadikan Evora 400 lebih pantas daripada model sebelumnya. Rekaan hadapan dan belakang lebih segar serta ruang dalamannya dikemaskini dan lebih menarik. Bangku hadapan Sparco yang ringan digunakan bagi menggantikan jenama Recaro.

Antara ciri-ciri lain; Konfigurasi tempat duduk 2+2 beserta isofix di belakang, roda steering magnesium-alloy dengan balutan kulit beserta penunjuk perlumbaan, push start button, argonomic dashboard, set multimedia Double DIN ICE dengan navigasi serta Alpine 5 speaker bersepadu sub woofer, kamera dan sensor parkir.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ










sumber : LotusCars

Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
23 Februari 2015 12:56 PTG

bila ia akan dinamakan proton evora?

8 Mac 2015 11:13 PG

Serious saya nak beli kereta ni... menarik minat... tetapi kemampuan hanya di bawah Rm200k saja... Mampu lihat jer lah

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger