Keuntungan Tan Chong Motor Susut Pada 2014


Keuntungan sebelum cukai Tan Chong Motor Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014 susut kepada RM170.85 juta berbanding RM360.12 juta bagi tempoh sama pada 2013.

Perolehan merosot kepada RM4.76 bilion pada tahun lepas berbanding RM5.2 bilion pada tahun sebelumnya, menurut syarikat dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Perolehan dan keuntungannya, masing-masing berkurangan sebanyak 8.4 peratus dan 57.8 peratus tahun ke tahun.

Dengan kempen promosi yang kukuh, Tan Chong Motor berjaya mengurangkan inventorinya kepada RM1.52 bilion pada 2014 berbanding RM1.73 bilion pada 2013.

Pada masa depan, syarikat berkata prospek kekal mencabar berikutan ketidaktentuan ekonomi global susulan kejatuhan harga minyak mentah dan krisis kewangan di zon Euro yang belum selesai.

Kelemahan ringgit telah menambah tekanan ke atas kos bahan-bahan import untuk industri automotif, katanya.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger