Kereta Terbakar Berpunca Sistem Pendawaian; Apa Pendapat Anda?

[gambar sekadar contoh]

Kegagalan fungsi pendawaian sistem audio yang diubah suai merupakan antara punca kenderaan terbakar, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Rizal Buang berkata dua lagi punca adalah apabila berlaku kemalangan dan perbuatan khianat.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya tidak menemukan sebarang bukti bahawa kenderaan terbakar akibat tangki diisi penuh dengan bahan api.

"Kami juga tidak mendapati sebarang kes (di Johor) yang menunjukkan minyak yang penuh di dalam tangki boleh menyebabkan kenderaan terbakar secara tiba-tiba walaupun ketika cuaca panas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Rizal berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran mesej menerusi telefon pintar yang mendakwa kebakaran kepada kenderaan boleh berlaku jika tangki minyak diisi penuh.

Beliau berkata bagi tempoh sepanjang tahun lalu sehingga semalam, sebanyak 610 kes kenderaan terbakar dicatatkan di Johor, namun tiada satu pun daripada kes itu didapati berpunca daripada tindakan mengisi minyak sehingga penuh tangki.

Mohd Rizal berkata pengguna perlu berhati-hati ketika membuat pengubahsuaian pendawaian sistem audio dan sistem lain pada kenderaan kerana kegagalan fungsinya boleh menyebabkan percikan api, yang selalu menjadi punca kebanyakan kes kenderaan terbakar.

Beliau bagaimanapun berkata kajian terperinci melibatkan semua pihak berkaitan perlu diadakan berhubung dakwaan tangki minyak kenderaan yang diisi penuh dengan bahan api boleh menyebabkan kebakaran.

Sekiranya anda mempunyai pendapat dan komen, ataupun pengalaman mengenai kereta terbakar, sila komen di ruang komen dibawah.

Share this article :

+ comments + 1 comments

24 Mac 2015 7:03 PG

pernah kejadian jam 12 siang lagi terik-teriknya sinar matahari, mobil sedan accord terbakar di bagian mesin di dekat pos polisi, kemungkinan terjadi konslet di bagian kabel-kabel mesin di bagian kap.untungnya tidak sampai terjadi dentuman keras karena dibantu warga dengan menyiramkan air pada mobil tersebut

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger