Kerajaan Selangor Umum Batal Projek Kidex


Kerajaan Selangor sebentar tadi mengumumkan pembatalan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX).

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, dalam satu kenyataan media berkata, pembatalan itu dibuat selepas syarikat konsesi gagal mematuhi tiga syarat yang ditetapkan kerajaan negeri sebelum ini.

"Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada KIDEX untuk mematuhi syarat-syarat ini sebelum 14 Februari 2015.

"Oleh kerana tidak ada satu pun syarat-syarat ini yang dipatuhi oleh KIDEX setelah tempoh masanya tamat, maka Kerajaan Selangor dengan ini mengumumkan pembatalan Projek Lebuhraya KIDEX.

"Pendekatan yang sama akan digunakan dalam mempertimbangkan permohonan kelulusan oleh lebuh raya lain yang dicadangkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Selangor," katanya.

Bharian
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger