Jenama Proton Di Thailand Pada Tahun 2014

[klik untuk besarkan imej]

Proton mula bertapak di Thailand sejak beberapa tahun yang lepas. Proton dilihat terus yakin dan komited dengan jualan yang semakin memberangsangkan. Berdasarkan data jualan yang saya perolehi melalui headlightmag Magazine,  Proton terus bersaing walaupun jenama-jenama terkenal Jepun mendominasi jualan terbanyak. 

Jenama-jenama terkenal ini dilihat berada di kedudukan teratas mungkin atas faktor kepelbagaian segmen dan kepercayaan yang sekian lama. Bagi Proton yang hanya berada di beberapa segmen masih positif berada di atas jenama-jenama terkenal yang lain seperti MG, Syangyong, Peugeot, Skoda dan lain-lain. 

Jualan Proton banyak disumbangkan oleh Exora yang berada dalam segmen MPV mini sebanyak 288 unit. Proton Preve dan Suprima S mencatatkan jualan sebanyak 142 unit ( Preve 139 unit, Suprima S 3 unit) dalam segmen C.

Pada hujung tahun lepas, di Ekspo Motor Antarabangsa Thailand 2014, Proton telah memperkenalkan model hatchback segmen B yang semakin popular, Proton Iriz. Ini cukup untuk mengesahkan kehadiran model baru dalam B-segmen untuk pasaran Thailand, menggantikan Proton Savvy, di mana Savvy pernah dipilih oleh akhbar perniagaan The Nation sebagai salah satu daripada 10 kereta terkemuka di tahun 2008.

Biarpun jumlah jualan tidak sehebat jenama elit, saya percaya Proton mampu untuk terus positif dengan model-model keluarannya yang semakin mendapat sambutan terutama bagi Exora, Preve dan Iriz kelak. Penambahbaikan hendaklah berterusan disamping terus memahami kehendak pasaran bagi memperkukuhkan jenama Proton di mana jua.



Share this article :

+ comments + 6 comments

Tanpa Nama
26 Februari 2015 4:53 PTG

proton x sampai pun 30 tahun jika nak dibandingkan jenama lain yg mencapai 100 thn. ini amat membanggakan bila dpt tgk brand negara kita di negara lain.

Tanpa Nama
26 Februari 2015 4:57 PTG

aku tetap bangga dengan Proton!

Tanpa Nama
26 Februari 2015 4:58 PTG

lepas ni preve facelift, diikuti saga 3 dan perdana. proton makin hebat.

Tanpa Nama
27 Februari 2015 9:25 PG

syabas dan tahniah. walaupun byk kritikan org ramai, proton telah buktikan jenama dari Malaysia dah ada di byk negara.

Tanpa Nama
27 Februari 2015 9:30 PG

agak pelik kenapa proton x boleh keluarkan suv lotus T5 sedangkan ini projek usahasama. kereta SUV dan pickup agak laris kat Thai. Lotus berpotensi utk dijadikan SUV dan pickup.

Tanpa Nama
27 Februari 2015 2:23 PTG

proton dh byk berubah sejak kemasukan tun m.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger