Honda HR-V Dilancarkan Di Malaysia


Honda HR-V kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Model yang dikenali di Jepun Vezel ini memberi maksud HR-V sebenarnya diambil daripada perkataan 'Hip & Smart Runabout Vehicle' dan disifatkan sebagai kenderaan generasi terbaru yang dinamik.

Berdasarkan spesifikasinya, ia dijana enjin i-VTEC bersesaran 1.8 liter dengan padanan kotak gear CVT yang dibangun menggunakan platform Honda City dan Jazz. Jentera itu hadir dengan panjang 4.294 meter (m), lebar (1.772 m) dan tinggi (1.605 m) yang turut menggunakan kerangka lebih kukuh, stabil serta ringan.

Bahagian kabin SUV itu diserlahkan melalui rekaan konsol tengah yang tinggi dan buat kali pertama menggunakan brek parkir elektrik. Ia juga dipadankan dengan sistem audio skrin tujuh inci dan turut dilengkapi penyaman udara sistem sesentuh yang berteknologi tinggi.

Menyentuh aspek keselamatannya, Honda HR-V dilengkapi sistem brek anti kunci (ABS), Bantuan Brek, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Isyarat Berhenti Kecemasan, Isofik dan enam beg udara. Harga OTR bermula dengan varian S Grade: RM99,800, E Grade: RM108,800, V Grade: RM118,800


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger