Harga Baru RON 95, RON 97, Diesel Naik 25sen Berkuatkuasa Tengah Malam Ini.


Kerajaan mengumumkan harga runcit baharu bagi petrol jenis RON95, RON97 dan diesel dinaikkan 25 sen seliter berdasarkan kaedah pengapungan terkawal mulai jam 12.01 tengah malam ini.

Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata harga baharu itu diputuskan mengikut kepada purata harga sepanjang Februari lalu dan kadar tukaran mata wang semasa.

"Harga runcit baharu yang ditetapkan bagi RON95 adalah RM1.95; RON97 adalah RM2.25 dan diesel adalah RM1.95 setiap liter.

"Harga baharu ini berkuat kuasa mulai bulan Mac dengan kerajaan akan terus mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Kerajaan pada 21 November tahun lalu, memutuskan penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kadar pengapungan terkawal mulai 1 Disember lalu, manakala harga RON97 mengikut harga pasaran dunia.

Sejak pelaksanaan sistem berkenaan pada Disember, harga minyak menyaksikan penurunan dua kali iaitu pada Januari dan Februari dengan hargar terendah dicatatkan bagi RON95 adalah RM1.70; RON95 adalah RM2 dan diesel adalah RM1.95.

Hasan berkata, harga minyak bagi bulan berikutnya akan ditentukan menggunakan kaedah sama dengan harganya berkemungkinan untuk naik atau turun berdasarkan keadaan semasa.

"Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini.

"Tindakan tegas akan diambil kepada syarikat minyak dan pengusaha stesen yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan," katanya.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger