Ford Catat Rekod Jualan Terbaik Di Malaysia Untuk Bulan Januari


Ford memulakan tahun baharu dengan pencapaian yang sama ketika mengakhiri tahun 2014 menerusi rekod jualan memberangsangkan. Hari ini, syarikat mengumumkan prestasi bulanan terbaiknya di Malaysia apabila jualan runcit pada bulan Januari melonjak sebanyak 38 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 1,544 unit.

Rekod bulanan ini dipacu oleh permintaan berterusan terhadap trak pikap Ranger yang versatil, sporty Fiesta dan SUV urban kompak EcoSport. 

“Kami memulakan jualan pada bulan Januari dengan positif kerana semakin ramai pelanggan mengetahui tentang aspek keselamatan, kualiti dan nilai kepada wang yang ditawarkan oleh rangkaian penuh kenderaan global Ford,” kata Pengarah Urusan, Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman. “Kami juga teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian kenderaan dan mengekalkan momentum hebat ini bersama rakan pengedar kami.” 



Trak pikap Ranger yang mendefinisikan semula segmennya terus menjadi model terlaris Ford di Malaysia. Ia mencatat rekod prestasi bulanan dengan jualan runcitnya melonjak sebanyak 87 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 1,169 unit.

Permintaan kukuh dilihat terus berkembang untuk keseluruhan rangkaian Ranger, bermula daripada varian asas XL hinggalah varian tertinggi, Wildtrak. Trak pikap ini menawarkan kombinasi dari segi kuasa, kapasiti mengangkut beban, menunda dan keupayaan mengharung air yang tiada tandingannya. Ranger juga memiliki pakej keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti ciri Electronic Stability Control (ESC) yang ditawarkan pada semua varian. 


“Ciri keselamatan dan kemampuan tiada tandingan yang ada pada trak pikap luar biasa ini terus mendefinisikan segmen trak pikap di pasaran sekarang. Sekali gus membantu meningkatkan lagi tarikannya di Malaysia,” kata Westerman.



Model Fiesta yang sporty meneruskan jualan memberangsangkan apabila 168 unit berjaya dijual pada Januari. Permintaan yang kukuh terhadap Fiesta didorong oleh varian enjin 1.0L EcoBoost yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Enjin tersebut menawarkan kombinasi prestasi, penjimatan bahan api dan tahap emisi yang mendahului kelasnya. 

“Fiesta 1.0L EcoBoost nampaknya terus diminati oleh rakyat Malaysia yang menghargai kombinasi kuasa dan penjimatan bahan api dan keselamatan yang menerajui kelasnya. Ini membuatkannya lebih menyerlah berbanding yang lain,” jelas Westerman.  


SUV urban kompak EcoSport menyumbang jualan sebanyak 73 unit pada Januari. EcoSport menggabungkan aspek kelincahan, mampu milik dan penjimatan sebuah kereta penumpang kompak dengan fleksibiliti, gaya serta posisi pemanduan yang tinggi sebuah SUV. Pada Januari, ia dinamakan sebagai SUVKompak/Crossover terbaik oleh pihak Autoworld Car of the Year (COTY) Awards 2014.

SUV Kuga yang bergaya pula menyumbang jualan sebanyak 71 unit. Kuga dilengkapi pelbagai ciri dan teknologi pintar. Antaranya termasuklah sistem pacuan semua roda pintar Ford, pintu belakang bebas tangan yang boleh dibuka dengan pergerakan kaki dan sistem ketersambungan Ford SYNC. 


Januari juga menyaksikan pembukaan semula kemudahan Ford yang telah dinaik taraf di Batu Pahat, Johor. Ia kini menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung. Ini merupakan sebahagian daripada strategi Ford untuk terus meningkatkan pengalaman dan pemilikan pelanggan. SDAC turut  melabur sebanyak RM140 juta untuk proses pengambangan pengedaran baharu dan menaik taraf pengedar sedia ada dalam tempoh dua tahun. 

“Dengan lebih banyak kenderaan global Ford yang mendahului kelasnya bakal diperkenalkan di Malaysia pada tahun ini, pengedar sah Ford yang kian bertambah serta komitmen untuk terus menawarkan pengalaman pelanggan secara keseluruhannya, kami yakin dapat mengukuhkan jenama Ford di sini pada tahun 2015,” kata Westerman.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger