Di Bawah Hud Fiesta ST – Enjin 1.6L EcoBoost®


Meledakkan kuasa dan maklum balas responsif, Fiesta ST menawarkan keseimbangan sempurna di antara prestasi dan ketepatan, sekali gus memberikan pengalaman memandu Fiesta yang terbaik buat semua pelumba dan peminat jentera berkuasa tinggi. Fiesta ST yang penuh kuasa dan dinamik ini telah memenangi 22 anugerah di seluruh dunia. Ia sering disifatkan sebagai antara hot-hatch terbaik yang ada di pasaran. Melihat ke bawah hudnya, inilah sebabnya:

Enjin 1.6L EcoBoost® yang berkuasa 

Berupaya menjana kuasa sehingga 182PS dan tork 240Nm yang kemudiannya dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan, enjin unik dan ringan yang diperbuat daripada aluminium sepenuhnya ini bukan sahaja menawarkan pengedalian lebih baik, malah menjanjikan prestasi dan penjimatan bahan api. Terima kasih kepada sistem pancitan bahan api terus bertekanan tinggi, pengecas turbo dan Twin-independent Variable Cam Timing (Ti-VCT). Hasilnya, Fiesta ST mampu mencatat kelajuan yang impresif iaitu 0-100 km/j dalam tempoh 6.9 saat dan pecutan maksimum 220 km/j. Angka-angka ini menjadikannya sebagai model produksi Fiesta paling berkuasa yang pernah dibangunkan oleh Ford. Sistem Ti-VCT membolehkan aci sesondol (camshafts) untuk menggerakkan injap pengambilan dan ekzos di dalam kitaran pembakaran pada masa yang berbeza. Ia dilakukan berdasarkan kepada kelajuan enjin dan beban. Hasilnya, enjin dapat memberikan lebih kuasa ketika memecut dan kecekapan yang terbaik ketika berada dalam kondisi kurang beban seperti melahu atau bergerak di atas lebuh raya. 

Keterujaan dan keseronokan memandu Fiesta ST dipertingkatkan lagi menerusi tiga pilihan mode program kestabilan elektronik Ford (ESC) iaitu Standard, Sport atau Off (untuk pemanduan di trek perlumbaan). Setiap mode ini mampu memenuhi apa jua keperluan pemandu yang berbeza, bergantung kepada kondisi jalan dan corak pemanduan yang mereka ingini. 

Mode Standard sesuai untuk apa jua kondisi atau permukaan jalan. Ia ditala khas untuk menawarkan pemanduan yang selesa. Pada masa yang sama memberikan pemandu keyakinan untuk memandu dengan selamat di atas mana-mana permukaan jalan. Mode Sport pula melibatkan kawalan cengkaman yang minimum, demi menawarkan prestasi pemanduan yang lebih agresif dan bersemangat. Apabila ESC dinyahaktifkan, sistem Torque Vectoring Control tetap beroperasi dan memberikan kawalan penuh ke atas chasis. Ini bukan sahaja memaksimumkan karekter pemanduan sporty yang ada pada Fiesta ST, malah membolehkan pemandu mengawal sepenuhnya kereta tanpa bantuan ESC yang berfungsi mengawal aspek cengkaman. 

Aci sesondol berkembar yang dipacu oleh tali sawat merupakan sebahagian daripada komponen tahan lasak dalam enjin 6L I-4 EcoBoost® Ford. Ia menawarkan ketahanan yang luar biasa. 

Overboost

Satu lagi komponen mengagumkan yang ada pada Fiesta ST ialah ciri overboost turbo yang tersendiri. Ia membolehkan jentera ini menikmati peningkatan kuasa tork apabila memecut.  

Beroperasi di antara 1,600rpm dan 6,000rpm, overboost memiliki kapasiti untuk meningkatkan output kuasa enjin kepada 147kW dan tork mencecah 290Nm. Ini bermakna, pengecas turbo mampu menawarkan pemandu dengan kuasa tujahan tambahan secara automatik, terutama ketika pecutan ekstra diperlukan. Overboost dibina di dalam kaliberasi enjin Fiesta ST dan meluaskan rangkaian kitaran per minit (RPM) pada lengkuk puncak tork, sekali gus memberikan prestasi keseluruhan yang lebih baik. 

Symposer Bunyi Enjin

Satu lagi ciri yang ada pada enjin 1.6L EcoBoost® ialah Symposer Bunyi enjin yang menawarkan kualiti bunyi, maklum balas dan menapis bunyi bising daripada masuk ke dalam kabin kereta. Modul symposer disambungkan kepada saluran kemasukan udara serta mengasingkan tekanan tinggi dan rendah. Ketika kebanyakan sistem kemasukan pengecas turbo konvensional tidak meningkatkan induksi bunyi enjin, Ford pula membenarkan bunyi enjin yang lancar dan enak didengar memasuki kabin kenderaan. Ini nyata meningkatkan lagi pengalaman pemanduan dan membuatkan anda rasa seperti berada dalam sebuah jentera lumba yang sebenar. 

Ingin pandu uji dan merasai keterujaan, prestasi dan kuasa Fiesta ST? Kunjungi mana-mana bilik pameran Ford di Semenanjung Malaysia berhampiran anda. Fiesta ST baharu kini sudah boleh ditempah dan ditawarkan pada harga RM149,888 seunit.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.ford.com.my. 



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger