ASEAN NCAP Road Tour


Bermula 25hb Februari sehingga 28 Februari 2015 ASEAN NCAP akan memulakan program jelajah “ASEAN NCAP Road Tour” yang akan dilancarkan di ibu pejabat MIROS, Kajang. Jelajah tersebut akan singgah di enam lokasi terpilih termasuk empat hentian Rehat & Rawat di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Pada setiap hentian, petugas ASEAN NCAP Road Tour akan menganjurkan beberapa aktiviti, peraduan dan cabutan bertuah yang bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai keselamatan jalan raya. Dua buah universiti juga turut terpilih sebagai lokasi persinggahan iaitu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor dan Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Majlis penutup akan diadakan di R & R Jejantas Sungai Buloh pada hari Sabtu (28 Februari).

Berikut adalah jadual ASEAN NCAP Road Tour:

25 Februari 2015 : 1:00 tengah hari – 3:00 petang di R & R PAGOH (Lebuhraya PLUS arah Selatan)
26 Februari 2015 : 9:00 pagi -  12:00 tengah hari di UTM, SKUDAI (Dewan Utama Kejuruteraan)
26 Februari 2015 : 2:00 petang – 5:00 petang di R & R SEREMBAN (Lebuhraya PLUS arah Utara)
27 Februari 2015 : 11:00 pagi – 2:00 petang di R & R TAPAH (Lebuhraya PLUS arah PLUS Utara)
27 Februari 2015 : 2:30 petang – 5:00 petang di Kampus USM, NIBONG TEBAL
28 Februari 2015 : 2:00 petang – 5:00 petang di R & R Jejantas SG BULOH (Lebuhraya PLUS arah PLUS Utara)

Setiausaha Agung ASEAN NCAP , Encik Khairil Anwar Abu Kassim berkata, “Kami mempunyai dua matlamat utama untuk jelajah ini, pertama adalah untuk menggalakkan dan mendidik orang ramai mengenai keselamatan kenderaan dan NCAP, dan kedua untuk memberi tumpuan kepada pengguna muda berdasarkan pendekatan strategik kami.

Di kedua-dua universiti, kami akan mengadakan ceramah teknikal dengan pelajar mengenai keselamatan jalan raya dan program ASEAN NCAP . Saya berharap kita akan memperoleh lebih banyak sokongan daripada pengguna jalan raya Malaysia ke arah “kenderaan yang lebih selamat” yang merupakan agenda utama kami. ” Layari laman web www.aseancap.org untuk maklumat lanjut, serta kemas kini yang lebih kerap di laman Facebook dan Twitter ASEAN NCAP.

sumber Funtasticko
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger