Sejumlah 5,280 unit Proton Inspira, dikeluarkan antara bulan September 2010 dan Mei 2011, telah ditarik balik atas kebimbangan drive belt pulley (V-ribbed belt). Ini sama seperti yang diumumkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengenai model Lancer.
Menurut Proton, drive belt pulley dalam model Inspira boleh terjejas selepas mileage tertentu atau keadaan memandu. Ini boleh menyebabkan pengurangan tenaga bateri dan enjin mengalami panas lampau.
Semua kos dan alat ganti yang berkaitan dengan isu ini akan ditanggung oleh Proton, surat untuk memberitahu pelanggan terbabit turut dihantar, dan pemilik juga diminta untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Proton yang diberi kuasa untuk membuat temujanji.
Catat Ulasan