150 Kematian Sepanjang 10 Hari Op Selamat


Sejumlah 150 kematian dilapor dari 11,867 kemalangan jalan raya sepanjang 10 hari Op Selamat dilancar sejak 12 Feb lalu.

Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata Johor mencatat jumlah kematian paling ramai iaitu 27 diikuti Selangor (23) dan Perak (22).

Op Selamat akan berakhir Khamis ini.

Beliau kebanyakan kemalangan dilapor berlaku di jalan persekutuan iaitu 44 kes, jalan negeri (36), lebuh raya (28) dan jalan bandar raya serta bandar (21).

"Dari angka kematian itu, ia turut membabitkan 92 penunggang motosikal, kereta (36) dan pejalan kaki (11), katanya kepada Bernama.

Mohd Fuad berkata 180,443 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti memandu laju dan menyalah guna lot parkir.

Beliau juga berkata 47,604 anggota polis ditugaskan untuk memantau rumah dan premis perniagaan semasa cuti Tahun Baharu Cina.

Sejumlah 8,371 laporan diterima daripada orang ramai tentang rumah mereka yang ditinggalkan semasa perayaan, katanya. - Bernama
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger