10,000 Proton Iriz Didaftarkan Di Malaysia


Kira-kira 10,000 kereta Proton Iriz didaftarkan di Malaysia sejak pelancarannya pada September tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd Norzahid Mohd Zahudi.

Proton Edar merupakan cabang pengedaran pengeluar kereta tersebut.

Norzahid berkata Proton menerima purata 150 tempahan sehari bagi kereta kompak itu didorong oleh permintaan untuk varian automatik 1.6 liter.

“Varian automatik 1.6 liter merupakan penyumbang terbesar kepada jualan Iriz, kira-kira 45 peratus pada masa ini, tetapi jualan varian automatik 1.3 liter mula meningkat,” katanya kepada pemberita pada Proton Iriz Media Drive Borneo di sini hari ini.

Beliau berkata Proton menyasarkan untuk menjual 4,000 Iriz sebulan pada tahun ini.

Norzahid berkata pada mulanya, hanya dua varian Iriz – manual 1.3 liter dan automatik 1.6 liter – dikeluarkan. CVT 1.3 yang bermula pada Disember tahun lalu manakala pengeluaran manual 1.6 yang dijadualkan bermula bulan ini.

Norzahid berkata pembeli biasanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga Iriz sering dilihat di jalan raya sebelum mereka berkeyakinan untuk membeli kereta tersebut.

Beliau berkata Proton juga tidak menumpukan pada segmen kompak untuk sementara dan bagi pengeluar kereta tersebut menguasai pasaran akan mengambil sedikit masa. 
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger