UMW Toyota Motor Tawar Pakej Bantuan Banjir Toyota & Lexus


UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah mengumumkan tawaran pakej bantuan kepada pemilik kenderaan Toyota dan Lexus yang menjadi mangsa banjir. Pakej bantuan ini meliputi servis khas dan pembaikian bagi semua pelanggan Toyota dan Lexus yang terlibat dengan bencana tersebut.

Pakej bantuan ini meliputi 25% diskaun untuk jumlah keseluruhan bil termasuk kos alat ganti dan kos buruh, servis percuma perkhidmatan penundaan, penilaian kerosakan, anggaran kos bagi membaiki kenderaan yang terlibat, perkhidmatan percuma membasuh bahagian enjin dan luaran kenderaan.

Bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh para pelanggan, skim bayaran ansuran turut ditawarkan untuk pemegang kad kredit terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi perkhidmatan pelanggan UMW Toyota Motor di talian 1-800-8-869682 (1-800-8-TOYOTA) atau 1800 88 53987 (1-800-88-LEXUS).
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger