Stesen Petron Seluruh Negara Kini Hab Selamat GTSP


Syarikat minyak utama Petron Malaysia mengumumkan bahawa semua 560 stesennya kini adalah "hab keselamatan" untuk pelanggan dan masyarakat tempatan.

Pencapaian ini adalah hasil kerjasama Petron dengan Polis Negeri Perak baru-baru ini yang telah mentransformasikan semua 55 stesen di negeri ini sebagai lokasi selamat atau "Go-To-Safety-Points" (GTSP), satu usaha yang diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah konsep 'United Against Crime', menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.

Petron Malaysia adalah syarikat minyak yang pertama yang menyokong inisiatif ini pada bulan September 2013 dengan pelancaran 100 stesen minyak sebagai "Go-To-Safety-Points".

Menurut kenyataan tersebut, program GTSP yang diiktiraf sebagai nilai teras Petron terhadap keselamatan, membolehkan pengusaha Petron memberi layanan yang lebih baik kepada pelanggan dan memainkan peranan yang aktif ke arah masyarakat yang lebih selamat yang mana para pemilik kenderaan boleh menikmati produk dan perkhidmatan Petron dalam persekitaran yang lebih selamat.

Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron, Faridah Ali berkata, Stesen Minyak Petron memainkan peranan yang penting dalam masyarakat dan adalah wajar bagi kami untuk menjadi rakan PDRM pertama dari industri minyak sejak program ini mula dilancarkan.

Menurut beliau lagi di bawah GTSP, Petron dapat bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia dan melaksanakan sistem dan prosedur keselamatan yang lebih baik di stesen-stesen minyak Petron yang dijamin keselamatannya dan cukup terang, terutama pada waktu malam supaya pemandu berasa selamat untuk mengisi minyak.

Melalui GTSP, pengusaha dan kakitangan stesen dilatih bagaimana untuk membantu orang ramai dan menghubungi polis serta perkhidmatan lain ketika kes kecemasan. "Treats", kedai serbaneka Petron ini juga mempunyai "sudut de-stress" kepada orang ramai untuk keselesaan dan bantuan, menurut kenyataan itu lagi.

--BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger