SPYSHOT : Proton Iriz Varian Asas?


Menurut pembaca paultan.org, Nevin Sansom, Iriz ini berjaya dirakamkan di Lebuh Raya Guthrie. Kelihatan ia seperti model asas atau mungkin juga pengenalan Iriz SV kelak. Beberapa ciri Iriz dilihat tidak lagi kelihatan seperti diffuser pada bumper. Kedua-dua rekaan diffuser bagi varian 1.3 executive dan standard tidak ada pada unit ujian ini. Spoiler Iriz 1.3 executive masih dikekalkan. Ketiadaan wiper belakang dan rim yang digunakan juga seperti varian standard, dan pastinya tiada perubahan pada bumper hadapan. 

Iriz varian paling bawah adalah Iriz 1.3 standard dengan enjin 1.3 litre VVT 94 hp/120 Nm yang turut dilengkapi ABS, EBD, Brake Assist, Electronic Stability Control, Hill Hold Assist, Isofix mounts on rear seats, Seat belt reminder for all seats, Dual front airbags, Reverse sensors, 14-inch alloy wheels, Silver “Proton Wings” grille, Fabric seats, Three-point rear seatbelts, 60:40 split-folding, 2-DIN audio system with Bluetooth, AUX, USB dan Unpainted exhaust.

Mungkinkah Proton akan memperkenalkan varian terbaru Iriz? Ia dijangka Iriz 1.3 Basic ataupun varian Super Value (SV) pada harga yang lebih mampu milik? harga paling bawah sekarang adalah RM42 438 bagi Iriz 1.3 varian standard (warna solid dan gear manual). Kemungkinan dikurangkan ciri-ciri keselamatan pada Iriz baru ini namun keselamatan asas masih dikekalkan. Saya syorkan harga RM35 880 bagi gear manual dan RM38,880 gear CVT  untuk Iriz ini. Apa pendapat anda?
Share this article :

+ comments + 14 comments

Tanpa Nama
3 Januari 2015 10:55 PG

sekarang ramai yg pilih iriz berbanding myvi. nanti akan muncul myvi facelift. harap proton boleh jual bawah 40 ribu.

Tanpa Nama
3 Januari 2015 11:19 PG

nampak bosan gak rupa myvi tuh.

Tanpa Nama
3 Januari 2015 2:41 PTG

klau harga mcm axia konpem rmai beli huhu

Tanpa Nama
3 Januari 2015 5:32 PTG

kelaur je cepat2, nanti boleh convert premium

Tanpa Nama
3 Januari 2015 6:10 PTG

nampak mcm naik ramai2. tgk cermin belakang ada tangan. diorang tgh buat safety and load test.

Tanpa Nama
3 Januari 2015 6:53 PTG

mungkin iriz ini untuk uji beberapa penambahbaikan pada iriz 1.3 terutama pada pickup.

Tanpa Nama
3 Januari 2015 6:57 PTG

Proton saga 3 mule test?

Tanpa Nama
4 Januari 2015 4:58 PTG

jadikan kereta pertama yg dicadanglan oleh menteri belia.

Tanpa Nama
4 Januari 2015 5:39 PTG

agak besar lengan orang dlm iriz tu. test enjin 1.3 turbo agaknya.

5 Januari 2015 2:40 PTG

COME ON IRIZ..BEAT THAT UGLY AXIA N POYORABLE MYVI HOH...IRIZ DH JDI COMPLETE CAR TP ORG STILL XNK SAFETY FEATURES?? WHAT THE HECK IS GOIN ON TO U GUYS??

Tanpa Nama
5 Januari 2015 8:04 PTG

dah ramai pakai myvi. mungkin ambil masa untuk pecah dominasi myvi.

Tanpa Nama
10 Januari 2015 7:20 PG

dh boleh nampak kerap iriz kat jalan tp myvi still lg banyak.

13 Februari 2015 2:04 PG

Iriz varian asas adalah untuk pasaran Indonesia.. lebih murah tanpa eksesori.. Mungkin akan diperkenalkan di Malaysia sebagai Iriz SV beberapa tahun lagi..

15 Februari 2015 3:05 PG

hmm... ataupun ini mule tester untuk Saga R dgn Persona R yg pakai platform Iriz?

menarik...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger