Sistem Satu Peperiksaan Bagi Calon Ujian Memandu - Kurangkan Kos Dapat Lesen


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan semula sistem satu peperiksaan kepada calon ujian memandu berkuatkuasa serta merta.

Ia sekali gus memansuhkan dua peperiksaan berbeza yang perlu diduduki oleh calon ujian memandu sekiranya mereka ingin mendapatkan lesen kenderaan untuk kategori motosikal dan kereta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu diambil selepas beberapa pihak termasuk institut memandu membuat rayuan berhubung pengenalan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dilaksanakan pada tahun lalu.

Katanya, keputusan itu dilakukan berdasarkan pelbagai faktor termasuk mengurangkan beban calon ujian memandu yang terpaksa menduduki dua peperiksaan dan dua modul semata-mata untuk mendapatkan lesen memandu.

Pelaksanaan semula sistem satu peperiksaan untuk calon ujian memandu yang dikuatkuasakan serta-merta itu dijangka mampu mengurangkan kadar bayaran bagi mendapatkan lesen memandu.

Sehubungan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneliti semula jumlah bayaran bagi ujian itu dan bersedia untuk melaksanakannya pada bila-bila masa selepas sistem komputer sedia ada dikemaskini.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
26 Januari 2015 1:51 PTG

sekarang pun mahal. harap berpatutan lepas ni.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger